16 November 2013

PERKONGSIAN UNTUK SEMUA : KERTAS KERJA KENAIKAN PANGKAT TKRS

Kertas Kerja Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal & Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah Daerah Hulu Langat 2011 1.0 Tajuk Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah Daerah Hulu Langat Tahun 2011 2.0 Rasional Untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan amalan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam bulan Ramadhan serta penghayatan pelajar t, ujian dan pentauliahan Lans Koperal dan Koperal bagi ahli TKRS perlu dilakukan untuk memboleh mereka ditauliahkan kepada pangkat yang sewajarnya hingga ke peringkat kebangsaan. 3.0 Matlamat Melahirkan ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah yang teruji berkualiti, berketrampilan dan berwibawa dalam usaha merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang bakal menjana modal insan cemerlang untuk menggalas tanggungjawab memimpin negara maju berpaksikan falsafah KRS dan TKRS iaitu BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL. 4.0 Objektif 4.1 Membangunkan modal insan dengan memberi fokus kepada memupuk pelajar agar memiliki kemahiran , berketerampilan dan memantapkan kokurikulum 4.2 Melahirkan ahli TKRS Daerah Hulu Langat yang berkaliber dan mahir dalam aktiviti mengikut kurikulum latihan TKRS. 4.3 Membina penampilan diri yang positif dan memberi penekanan aspek nilai-nilai murni dengan menanamkan semangat persahabatan, berbudi bahasa dan persefahaman di antara ahli-ahli TKRS bersama para jurulatih dan barisan kepimpinan KRS dan TKRS Daerah Hulu Langat. 4.4 Melengkapkan diri ahli TKRS dengan pelbagai jenis kemahiran asas TKRS sebagai pemangkin wawasan negara pada masa depan 5.0 Latarbelakang Telah lebih 6 tahun TKRS ditubuhkan dan berkembang maju serta mengalami pelbagai perubahan yang menjurus untuk memperkasakan TKRS sebagai pasukan beruniform institusi pendidikan di negara ini yang digeruni dan menjadi kebanggaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadi penaungnya. Justeru, perkembangan semasa global memperlihatkan imej TKRS semakin tercabar dan memerlukan tindakan pantas untuk memastikan TKRS sentiasa di hadapan. Kursus kenaikan pangkat ini adalah wadah bagi meneruskan kegemilangan TKRS yang melahirkan anak-anak watan kelas pertama bagi mengangkat martabat negara di persada ledakan kemajuan dunia tanpa sempadan ini lantas memacu peranan sebagai idola dunia. 6.0 Rasional 6.1 Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan sebagai ahli kadet TKRS pada peringkat Lans Kopral dan Kopral. 6.2 Peserta dapat berperanan sebagai pemimpin platun di sekolah atau di daerah masing-masing yang teruji kebolehan dan kewibawaannya. 6.3 Menyeimbangkan keperluan fizikal dan mental bagi merintis sahsiah yang baik kepada semua ahli KRS/TKRS. 7.0 Pelaksanaan 7.1 Tarikh 26 – 27 September 2011 7.2 Tempat SK Dusun Nanding 7.3 Sumbangan Pelajar Setiap peserta dikenakan sumbangan sebanyak RM 40.00 7.4 Kumpulan Sasar 1. Anggota TKRS yang telah menjadi ahli TKRS sekurang-kurangnya 6 bulan. 2. Pelajar Tahun 5 sahaja 3. 2 orang kadet lelaki atau 2 orang kadet perempuan atau 1 orang kadet lelaki dan 1 orang kadet perempuan setiap sekolah. 7.5 Jawatankuasa 7.5.1 Jawatankuasa Induk Penasihat : Pengarah Pelajaran Selangor Pengerusi : Tn Mohd Mahmudi B Bakri Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat Timbalan Pengerusi 1: En Mohd Radzi B Abdullah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Lngat Timbalan Pengerusi 2: En Sharuddin Bin Yusof Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Naib Pengerusi : Pn. Sadiah Bt. Ahmad Guru Besar SK Dusun Nanding Setiausaha : Pn Marina Bt Masban Penyelia Kanan Kokurikulum PPD Hulu langat Pen. Setiausaha 1 : En Razak B. Said Penyelia Kokurikulum PPD Pen. Setiausaha 2 : Pn Suriana Bt Saari SK Dusun Nanding Bendahari : Pn Mazraidah Bt Hashim SK Dusun Nanding Penyelaras : En Muhd Hazizan B. Mat Lazim Pegawai Teknik TKRS Daerah Hulu Langat (SK Dusun Nanding, Hulu Langat ) 7.5.2 Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi : Pn. Sadiah Bt. Ahmad Guru Besar SK Dusun Nanding Timbalan Pengerusi : Pn Hjh. Fatimah Bt. Sohot Penolong Kanan Kurikulum SK Dusun Nanding Naib Pengerusi 1 : Pn. Zaharah Bt Salleh PK Kokurikulum SK Dusun Nanding Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Ropitah Bt. Ismail PK HEM SK Dusun Nandiing Setiausaha : Pn.Suriana Bt Saari SK Dusun Nanding Bendahari : Pn. Mazraidah Bt Hashim SK Dusun Nanding Penyelaras : En.Muhd Hazizan B Mat Lazim Pegawai Teknik TKRS Hulu Langat (SK Dusun Nanding ) Ahli Jawatankuasa 1. Urus setia : Sekretariat KRS Daerah Hulu Langat 2. Kejurulatihan/Pengujian : Guru Besar Dan Peralatan SK Dusun Tua 3. Makan / Minum : Guru Besar SK Dusun Nanding 4. Pendafataran/Penginapan : Guru Besar Dan Persiapan Tempat SK Dusun Nanding 5. Keselamatan/Kecemasan : Guru Besar SK Dusun Nanding 6. Sijil/Hadiah/Cendramata : Guru Besar SK Dusun Nanding 7. Siaraya/Publisiti : Guru Besar SK Dusun Nanding 8. Kebersihan : Guru Besar SK Dusun Nanding 9. Majlis Penutupan/ : Guru Besar Pentauliahan SK Dusun Nanding 10. Buku Atur cara/ : Guru Besar Dokumentasi/Fotografi SK Dusun Nanding 7.6 Keperluan Jurulatih (dilantik dikalangan guru KRS dan TKRS Daerah Hulu Langat) Penyelaras Kem : Lef. KRS Muhd Hazizan Mat Lazim Kem Komandan : Lef. Muda KRS Faizal Baharuddin Timbalan Kem Kom : Lef. Muda KRS Hidayah Hasan DO 1 : Pegawai Kadet KRS Zulfadli Mohd Aini DO 2 : Pegawai Kadet KRS M. Iswan Masrizal Ismail Ketua Jurulatih : Kapten KRS Ismadi Damsuki Ketua Aktiviti : Leftenan Muda KRS Rozaimie Razak 1. Jurulatih Kawad : Leftenan Muda KRS Bustaman Hasan Leftenan Muda KRS Abd Rahman Jamil Leftenan Muda KRS Sufian Hadi Che Man Leftenan Muda KRS Mohd Maui’di Mohd Yaziz 2. Jurulatih Ikhtiar Hidup : Kapten KRS Mohd Zailani Ridzwan Pegawai Kadet KRS Mohd Nazri Mohd Noor Leftenan KRS Julie Amy Shariff Pegawai Kadet KRS Suraini Ibrahim 3. Jurulatih Kerohanian : Lef. Muda KRS Mohd Marzuki Mat Jusoh Lef. Muda KRS Mohd Hakam Mohammad Pegawai Kadet KRS Mohd Nasrol Soludi 4. Jurulatih Ujian Kecergasan: Kapten KRS Fauziah Bt.Hashim Pegawai Kadet KRS Nor Hisham Mamat 5. Jurulatih Ujian Bertulis : Leftenan KRS Nazri Saad Leftenan Muda KRS Noor Azmi Mohamed 7.7 Kandungan Aktiviti dan pengujian 7.7.1 PT pagi dan Kecergasan 7.7.2 Kawad Kaki 7.7.3 Kerohanian/Moral 7.7.4 Ikhtiar Hidup 7.7.5 Ujian Bertulis 7.7.6 KHIDMAS 7.8 Agihan Peserta Semua sekolah rendah ( SR ) dalam Daerah Hulu Langat DIWAJIBKAN termasuk SJKC, SJKT menghantar 2 orang kadet TKRS dari Tahun 5.Iaitu 86 buah sekolah dalam PPD Hulu Langat.Jumlah anggaran adalah seramai 172 peserta TKRS. Nota : Peserta akan dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi lebih kurang 27 – 29 orang peserta. 7.9 Jadual Tentatif Tarikh 0800-1000 1030 -1230 1400 - 1600 1630 - 1830 2130 – 2300 26/9 Pendaftaran Taklimat Dirikan khemah Ujian Berpengkalan Ujian Berpengkalan Ujian Bertulis 27/9 Ujian Kecergasan Ujian Berpengkalan Khidmas & Raptai Majlis Penutupan & Pentauliahan 7.10 Jadual Pergerakan Mengikut Kumpulan Masa Tarikh 26/9 2.00 pm 26/9 4.00 pm 27/9 8.00 am 27/9 10.30 am Kawad kaki K1&K2 K3&K4 Ujian K5&K6 Kerohanian & Moral K3&K4 K5&K6 Ujian K1&K2 Ikhtiar Hidup K5&K6 KI&K2 Ujian K3&K4 • Ujian Kecerdasan dijalankan pada pukul 7.30 pagi pada mana-mana tarikh. 7.11 Atur cara Majlis Penutupan 2.00 pm - Peserta Mengambil Tempat - Ketibaan Tetamu - Ketibaan Tetamu Kehormat - Menerima Tabik Hormat - Lagu KRS - Melapor & Pemeriksaan Barisan - Bacaan Doa - Ikrar Rukunegara - Ucapan Pengerusi Majlis - Ucapan Pengerusi Pelaksana - Ucapan Penutupan(Pegawai KRS Daerah) - Penyampaian Sijil/Tauliah - Penyampaian Cenderamata - Lagu Negaraku - Lapor Bersurai - Jamuan Ringan. 4.30 pm - Bersurai 8.0 Anggaran Perbelanjaan Pendapatan 172 pelajar x RM 40 = RM 6,880.00 Perkara Butiran Jumlah [RM] Makan T/h & Malam Sarapan pagi Minum Petang Minum Malam Jamuan 220 orang x RM 25 5500.00 Perubatan / kecemasan /keselamatan 170.00 Banner/Publisiti 100.00 Cendramata 50.00 Dokumentasi 100.00 Kertas A4 2 x RM 10 20.00 Dakwat Printer pixma 2500 2 x RM 80 160.00 Sijil 100.00 Bahan Aktiviti / Runcit 580.00 JUMLAH RM 6880.00 9.0 Harapan Semoga Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal TKRS berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang digariskan 10.0 Penutup Kursus ini merupakan satu aktiviti yang mesti digerakkan untuk mengiktiraf sumbangan kemahiran dan peningkatan pengetahuan kurikulum latihan TKRS di kalangan ahli TKRS khususnya kerana konsep pemakaian pangkat dalam TKRS berlainan dengan pasukan pakaian seragam yang lain. Ia berkembang maju selaras dengan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia yang hendak memperkasakan KRS dan TKRS sebagai satu wadah pemangkin untuk generasi pelajar di masa depan. *************************************************** Disediakan Oleh, (Lef.KRS Muhd Hazizan Mat Lazim) Pegawai Teknik TKRS Daerah Hulu Langat Disemak Oleh ..................................................... Disahkan oleh ....................................................

08 April 2012

LYNAS : HAKIKAT DAN REALITI...BETULKAH INI !!!!




Satu isu yang sangat sensitif di negara kita sekarang ini. Kawan -kawan saya di Kuantan sering meluahkan kebimbangan ini.betulkan ianya selamat kepada kita atau berbaloikah jumlah rakyat Malaysia yang bekerja di LYNAS nanti. Fakta-fakta ini saya perolehi setelah sekian mencari.....samalah merungkainya.

37 Fakta Tentang LYNAS Yang Wajib Kita Semua Fahami

1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals.

Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang.

Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2. 100% milik Lynas Australia.

3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6. Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun

7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8.Bebas Cukai selama 12 tahun.

9. Hina merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10. Harga satu tan pada RM364, 800.

11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya: i) Ore dilombong di Mount Weld Australia. ii) Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan. iii) Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya. iv) ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.

14. Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

15. ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

17. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.

18. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut: i) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun. ii) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun. iii) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.

19. Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.

20. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.

21. Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.

22. Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana

Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rambut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:

i) Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas). ii) Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar.

Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar. iii) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).

iv) Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman. v) Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals.

Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka. vi) Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

23. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:

24. ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.

25. Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.

26. Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.

27. Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.

28. Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

29. Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.

30. Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.

31. Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.

32. Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.

33. Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).

34. Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.

35. ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.

36. Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.

37. Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.


21 January 2012

PUNCA PELAJAR GAGAL MEMBACA



AKMAL FAIRUZ
Lembah Pantai, Kuala Lumpur
SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.
Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:
n Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.
n Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.
n Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.
n Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.
n Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.
Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.
Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.
n Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.
Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.
Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.
Utusan Malaysia Online: 16 Januari 2012

14 December 2011

ALLAHHUAKBAR......DAULAT TUANKU.






Semoga Negara Kita Lebih Berkat Dibawah 2 Sultan Yang Berwibawa Ini.INSYAALLAH.


23 November 2011

"AIR KELANTAN TERKOTOR" JAWAPAN MENTERI BESAR KELANTAN


Yang Amat Berhormat Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat

1. Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad : Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

2. Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Dato’ Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.

3. Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

4. Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawatt di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

5. Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemuakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?

6. Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.

7. Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Yang Amat Berhormat Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 25 Zulhijjah 1432H bersamaan 21 November 2011
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, November 22




19 September 2011

SYAIR JIHAD

Apa untuk Jihad di Sana Ada yang Mencari Jalan ?


Bagi setiap musibah ada penghibur yang meringankannya
Tapi bagi yang menimpa Islam tiada penghiburnya
Sampai semua mihrob menangis padahal ia benda mati
Bahkan seluruh mimbar merintih sedangkan ia kayu jati
Seorang `Abid yang tunduk kepada Alloh lagi penuh kekhusyu`an
Sedang air mata dari kedua pipinya bercucuran
Kini masjid-masjid telah menjadi gereja di waktu maghrib
Tidak ada di dalamnya selain lonceng dan kayu salib
Itulah musibah melupakan apa yang telah lalu
Dan tidak mungkin lupa walau waktu telah lama berlalu…

Wahai para penunggang kuda yang kurus kelelahan
Seolah ia burung penyambar dalam bidang pacuan
Wahai para penyandang pedang India yang tajam
Seolah ia bara api di kegelapan malam yang kelam
Wahai orang-orang bercengkrama di belakang sungai karena gembira
Di negerinya mereka memiliki kejayaan dan kuasa…

Apa kalian telah mengetahui berita tentang Islam sekarang
Sungguh para pengendara telah berjalan dengan berita mereka
Sungguh banyak para tokoh meminta bantuan
Sedang mereka tawanan dan terbunuh
Namun tidak bergeming satupun manusia
Kenapa saling memutus dalam Islam di antara kalian
Sedang kalian wahai hamba-hamba Alloh adalah Saudara
Apa tidak ada jiwa-jiwa besar yang memiliki cita-cita
Apa terhadap kebaikan ini ada penolong dan pembela…

Hai orang-orang yang untuk membela suatu kaum telah terpecah banyak golongan
Yang karenanya mereka diserang kekafiran dan kedurjanaan
Kemarin mereka raja-raja di istana mereka
Sekarang dalam belenggu kekafiran mereka menjadi sahaya
Andai engkau melihat mereka bingung tiada penunjuk jalan
Berbagai pakaian kehinaan mereka telah rasakan
Andai engkau lihat tangisan mereka saat diperjual-belikan
Tentu engkau terperangah dan diliputi kepedihan…

Ya Robb, bayi dan sang ibu telah dipisahkan
Sebagaimana ruh telah dijauhkan dari badan
Sang puteri yang tak pernah dilihat matahari dengan terbuka
Seolah ia berlian dan batu permata
Kini digiring si bule sebagai budak seraya dihinakan
Matanya menangis dan hati penuh keheranan
Untuk seperti ini hati luluh karena kesedihan
Andai di hati ini ada Islam dan keimanan
Apa untuk Jihad disana ada yang mencari jalan…

Sungguh surga peristirahatan telah penuh dengan hiasan
Bidadari dan para pelayan telah menengok dari kamar-kamar
Mendapatkan kebaikan ini demi Alloh mereka para pendekar
Kemudian sholawat kepada Al-Mukhtar dari Alloh semoga di limpahkan
Sepanjang angin berhembus dan berguncang dahan pepohonan…

Sumber:
http://www.arrahmah.com

18 September 2011

AIR MANI SUCI, TAPI KENAPA KENA MANDI HADAS, AIR MAZI NAJIS KENAPA TIDAK PERLU MANDI HADAS



Soalan : Kalau keluar air mani, kita kena mandi wajib. Kalau keluar air mazi pula, kita tak perlu mandi wajib. Ini bermaksud air mani lebih berat daripada air mazi kan? Tapi kenapa air mani dikatakan suci dan kalau terkena pakaian, solat masih sah. Manakala air mazi pula dikatakan najis dan jika terkena pakaian, solat tidak sah. Boleh jelaskan?

Jawapan :

1. Ini kerana ia sudah menjadi perintah Allah. Kita wajib mengikut perintah syariat walaupun kita tidak mengetahui apa sebabnya. Kita disuruh berwuduk sebelum solat bukan kerana muka, kaki dan tangan kita najis. Kita juga tak tahu kenapa solat Asar 4 rakaat, Maghrib pula 3 rakaat. Mukmin sejati akan mengerjakan perintah Allah, samada dia tahu sebabnya atau tidak. Sementara orang yang tidak beriman hanya mengerjakan perintah Allah jika dia mengetahui sebabnya. Jika dia tidak tahu maka dia tak buat.

2. Bukan semua benda kotor dan jijik itu najis. Dalam Islam, najis atau tidak bukanlah ditentukan dari kejijikann atau kekotorannya, tetapi melalui dalil Al-Quran atau Hadis. Kalau ia bersih, tetapi Quran dan Hadis kata ianya najis, maka najis lah ia. Contoh, anak anjing comel yang bersih tetap dikategorikan sebagai najis berat. Kalau hingus dalam hidung itu najis, pasti akan membatalkan solat. Susah la kalau sesiapa yang ada resdung tu.

3. Air mani itu suci. Jika air mani itu najis, maka manusia adalah najis. Kerana itulah, walaupun mazi dan mani keluar dari jalan yang sama, hukumnya berbeza. Kerana bukan jalan ia keluar(kemaluan) yang menentukan, tetapi dalil Al-Quran dan Hadis.