
Sebut saja dunia….. semua orang ada pandangan masing-masing.ada yang beranggapan dunia tempat berseronok sahaja,ada yang berpendapat tempat mengumpul kekayaan,ada yang kata persinggahan untuk akhirat dan ada juga yang kata ujian dari Tuhan Yang Maha Mengetahui. Apapun sebagai orang islam kita yakin dengan kewujudan hari akhirat,syurga,neraka dan semua perkara ghaib. Tujuan kita berada di dunia ini sebagai khalifah untuk mentadbir dunia dengan cara yang Allah telah tetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah.
Jangan sesekali kita lalai dan lupa pegangan kita dalam melayari kehidupan atas dunia ini,jangan terpedaya dengan keindahan sementara yang wujud atas dunia, jangan sesekali kita mengikut syaitan yang berselindung di dunia ini.Yakin dan percayalah bahawa dunia ini adalah kebun untuk menemui akhirat,jangan kita kontangkan kebun kita dengan kelalaian dan melupai segala pesanan Rasulullah.
Terbaca saya satu syair arab yang mnceritakan perihal dunia kepada sesiapa yang mengejar dunia tanpa berfikir akibat yang bakal terkena dengan jerat-jerat yang berselerak diatasnya. Sama-sama kita renungkan syair ini.
“Cubalah engkau lihat pada runtuhan rumah yang telah ditinggalkan oleh penghuninya,betapa ia kelihatan gersang dan sudah tidak dipedulikan”.
“Semua sudah binasa, dan yang tinggal hanya bekas-bekasnya sahaja batu-batunya jatuh berselerak dan bertaburan”.
“Para penghuninya telah lama pergi menemui balasan,berita tentang mereka sudah lama tidak terdengar, bahkan orang tidak pedulikan lagi dengan cerita mereka.”
“Bila kulihat dan ku fikirkan keadaan ini,mesti air mataku mengalir membasahi pipiku”.
“Seandainya aku benar-benar memiliki akal yang sempurna,sudah tentu aku akan terus menangis.Cukuplah keadaan itu memberi nasihat kepada ku,dan cukuplah mataku mengambil iktibar daripada apa yang sedang dilihatnya.”
“Sebenarnya dunia ini telah memerangkap kita dengan perhiasannya,ia memiliki kecekapan yang luar biasa dalam menipu dan memutarbelitkan kenyataan.”
“Bila ia pernah memberikan sedikit kemanisan kepada penggemarnya,pasti selepas itu ia akan memerangkapnya dengan kepahitan.”
“Itulah dunia yang sangat pandai menipu dengan keindahanya,apabila ia datang dengan kegembiraan,maka pasti kegembiraan itu akan dibayar dengan kesusahan.”
“Dunia memang pandai memberi,namun ia pasti akan menarik semua pemberiannya itu. Dan bila ia membangunkan sesuatu tempat, maka pasti pada suatu masa perangkap yang akan menghancurkannya pada suatu masa yang akan datang”.
“”Sesiapa yang memuji dunia kerana ia telah mendapat sedikit kegembiraan,maka pasti ia akan mencelanya pada suatu masa yang akan dating kerana satu kesedihan.”
“Ketika dunia itu berpaling meninggalkannya,maka ketika itulah ia akan bersedih,menyesal dan penuh dalam keadaan sengsara dan dukacita.”
PERINGATAN TIPU DAYA DUNIA
| author: D' UluAHLI QARYAH DI CAMERON HIGHLAND
| author: D' Ulu
Assalamualaikum buka bicara..... lama dah ambo tak masuk bahan baru dalam blog ambo, lebai, amal n sifu terutama lebai sibuk dok mengena ambo pasal lama menyepi....biasalah malas ada, otak blank pun ada. Apapun kali ini ambo masukkan foto2 semasa lawatan ke tanah tinggi Cameron baru-baru ini.Bagi ambo bukan gambar yang penting tetapi ambo berasa sayu dengan apa yang telah berlaku disana, udara Cameron tidak lagi senyaman dahulu, banyak bukit sudah bertukar menjadi kebun-kebun sayur,tarikan keindahan alam Cameron sudah tiada lagi,harapkan straberi tak jadi.Yang sedihnya apa tindakan Kerajaan Pahang dengan gejala yang berlaku di Cameron,macam tiada tindakan dan penguatkuasaan alam sekitar di sana.Memang benar apa yang dilaporkan oleh Karam Singh Walia,kerajaan Pahang tutup mata saja yang penting masukkkkkkkkk...sama-samalah kita jaga alam sekitar untuk diwarisi generasi akan datang.
24-25/10 baru ini saya mengikuti rombongan sekolah dalam lawatan sambil berjalan hahahah,,, murid-murid thn 6 SKDN.Seramai 62 orang murid dan 18 orang guru mengikuti lawatan ini, banyak tempat-tempat menarik di cameron kami lawati seperti ladang straberi,ladang teh,taman rama-rama,taman kaktus dan yang menaarik singgah menyelam(hehehe) di lata iskandar semasa perjalanan pulang di Cemeron untuk menghilangkan rasa pening di goyang bas.Tengok jelah gambar2 ini, malas nak menulis panjanglah.








IMPIAN YANG AKAN MENJADI KENYATAAN NANTI
| author: D' Ulu
Assalamualaikum, selamat hari raya di ucapkan, lama dah tidak memasukkan bahan baru, sebelum raya baru ini saya mendapat panggilan dari pegawai Tanah Dan Galian Negeri Kelantan untuk ke pejabatnya.
Pada raya ke-5 temujanji diatur,ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah tanah kurniaan Kerajaan Negeri kepada keluarga saya sebanyak 5 ekar, 1 ekar telah selesai, baki 4 ekar ,2 ekar daripadanya telah keluar geran.masalah 2 ekar lagi yang tidak keluar geran. Masalah ini dah berlarutan dekat 8 tahun tidak selesai. Bermacam alasan yang diberi oleh pegawai tanah.
Tapi kali ini, Insyaallah akan selesai tidak lama lagi, sebab saya sendiri berjumpa dengan Dato' MB Kelantan.Beliau telah janji akan percepatkan geran baki 2 ekar tersebut.
Ini kali pertama saya meninjau kawasan tanah tersebut,sebelum ini hanya ibu dan adik saya yang menguruskan urusan ini, kesempatam masa di kampung inilah saya nak selesaikan.
Kawasan tahan yang tidak digunakan untuk pertanian disebabkan kawasan hutan gelam
Tanah telah diusahakan kepada saudara yang tinggal berdekatan dengan tanah tersebut
4 ekar ini memang luas, saya dan abang ipar bercadang nak usahakan ladang mangga, insyaAllah jika ada rezeki.
Cadang nak buat rumah dikawasan ini, luas sangat, sesuai untuk buat reban ayam peliharaan dan burung-burung nanti.
TERKENANG MASA-MASA DULU SKDN
| author: D' UluDengan nama Allah Yang Maha Pemurah LAGI Maha Penyayang. Kita semua masih diberi ruang oleh Allah meraikan ramadhan tahun ini, kita pun telah masuk fasa akhir ramadhan..Saya berharap kita masih dapat meneruskan ihya ramadhan.
Dua hari lepas cg. Azhar telah memberikan saya 2 keping cd kenangan skdn dari tahun 2003-2004.Teringat-ingat kenangan dulu, apa lagi,masuk cni skit untuk tatapan semua. ceramah isra mikraj 2004
pertandingan kompang formasi 2004

isra mikraj 2004
jamuan guru 2004(saujana golf)
isra mikraj 2004
jamuan kemenangan kawad kaki 2004
maulidur rasul 2004
merentas desa 2004
banyak lagi kenangan kenangan manis di sekolah ini, tak terucap kata-kata.terima kasih buat cg. latif yang mengumpukan semua foto-foto kenangan ini.
KHURAFAT MENURUT ISLAM:PENGARUH DAN KESANNYA KEPADA UMAT ISLAM
| author: D' UluDengan nama ALLAH yang maha Pemurah Dan Penyayang.
Sudah sebulan ambo tidak masukkan artikel baru dalam blog ambo.Teruk ...Teruk. Banyak cerita berlaku pasal daging kambing hutan punya pasal, apapun terima kasih buat Lebai dan tn.haji selesaikan masalah ambo.ARIGATO HAIK...AMBO buka laman web Kementerian Agama Brunai, ada artikal yang cukup bagus untuk pengetahuan kita orang islam, rasanya kita boleh kongsi ilmu dalam hal ini, ianya tentang khurafat dalam islam dan kesan kepada orang islam dan agama kita sendiri,,, sama-samalah kita berkongsi ilmu agama ini.
KHURAFAT MENURUT ISLAM:
PENGARUH DAN KESANNYA KEPADA AQIDAH UMAT ISLAM
PENDAHULUAN
Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Nusantara mempunyai pegangan dan keyakinan tentang adanya kuasa ghaib yang mereka tidak nampak tapi dapat mereka rasai kesannya.
DINAMISME
Kepercayaan adanya tenaga yang tak berperibadi dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda dan kata-kata.
Tenaga yang tak berperibadi 'MANA' Prestasi yang luar biasa yang dipunyai pemiliknya, Kulit Limau Besar, Daun Silat, Inggu, Besi Berani, Keris dll.
ANAMISM
Kepercayaan adanya jiwa dan ruh yang dapat mempengaruhi alam manusia
1. Ruh atau anasir halus yang?mempunyai kekuatan dan kehendak .
2. Kesenangan ruh perlu dijaga dan dipelihara.
3. Ruh org mati,gunung,sungai,batu dll.
HINDU
Kepercayaan kepada dewa-dewa
1. Dewa lebih berkuasa, lebih tinggi & mulia.
2. Penyembahan dewa lebih umum
3. Mempunyai pekerjaan-pekerjaan tertentu
DEFINISI KHURAFAT
Kamus Bahasa Arab:
(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta
(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)
Kamus Dewan:
KHURAFAT
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
Kesimpulannya
KHURAFAT
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam
Khurafat adalah bidah akidah
Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
CIRI-CIRI KHURAFAT
1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.
2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus
BENTUK-BENTUK KHURAFAT
Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya.
KERAMAT
1. Perkara yang luar biasa.
2. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih.
3. Terjadi daripada orang salih.
4. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok dll.
5. Bukan dari orang fasik.
6. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya.
7. Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar adat pantai dan sebagainya
TIDAK ADA SANGKAAN SIAL DLM ISLAM
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial.
Anggapan sial itu adalah syirik. (ini diucapkan oleh Nabi sebanyak 3 kali)
JIN
1. Makhluk alam ghaib yang berakal, berkehendak, sedar dan ada kewajipan.
2. Ia berjasad halus dan hidup bersama-sama manusia di dunia ini.
3. Jin dicipta lebih dahulu daripada manusia.
4. Ia dicipta daripada api. Firman Allah dlm Al-Hijr 15: 26-27 yang bermaksud
Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yg kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami menciptakan jin, sebelum itu, dari. api yg sangat panas.
Firman Allah:
وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادهم رهقا
Maksudnya
Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6)
Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai.
Rezeki Pemberian Allah
Firman-Nya Yg Bermaksud: Kamilah Yg Memberi Rezeki (Hud : 6)
Hendaklah Berusaha Banyak / Sedikit Ketentuan Allah
Kepercayaan kepada petanda-petanda, pantang larang dan mimpi. Contohnya seperti tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya.
Sabda rasululullah s.a.w yang bermaksud: mimpi ada tiga jenis: mimpi yg datang dari allah, mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi.
Memuja objek-objek tertentu, pohon, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya.
Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
Sabda Rasulullah s.a.w
Janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Sangat murka Allah terhadap orang-orang yang membuat makam-makam para nabi sebagai tempat ibadat.
HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT
Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah
من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.
Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك إذا من الظلمين
Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)
أوسحر أو سحر له
Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.
Sabda Rasulullah
إن الرقى والتمائم والتولة شرك
Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik.
من علق تميمة فقد أشرك
Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan.
KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM
1. MEROSAKAN AKIDAH
2. MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH
3. HILANG KEPERCAYAAN?KEPADA QADA DAN QADAR
4. HILANG SIKAP BERUSAHA
5. MUDAH BERPUTUS ASA
TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.
SYIRIK
MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU
SYIRIK
1. Perkara Yang Diharamkan
2. Pelakunya Tidak Akan Diampunkan
3. Segala Amalannya Dibatalkan
قل تعالوا أتل ما حرم ربكم عليكم ألا تشركوا به شيئا (الأنعام : 151)
Katakanlah (wahai Muhammad): Marilah aku bacakan (untuk kamu) perkara yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatupun.
إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشا ومن يشرك بالله فقد افترى إثما عظيما
( النساء : 48)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia dan Dia mengampuni dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
BAHAGIAN SYIRIK
SYIRIK JALI (syirik yang nyata)
mempercayai adanya sesuatu yang setara dan? setanding dengan Allah Ta'ala, kepadanya dipohon doa, kepadanya diadakan upacara penyembahan, dan ditakuti bala bencana daripadanya.
SYIRIK KHAFI
(syirik yang tersembunyi).
Sesuatu kepercayaan, perkataan atau perbuatan yang menggambarkan wujud kekuasaan atau sebagainya selain Allah Ta'ala.
SENARAI AMALAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI
1. Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab baik atau buruk.
2. Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu selain daripada Allah.
3. Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
4. Melakukan pemujaan
5. Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada Allah.
6. Mengatakan: "Kalau tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan si polan dan si polan, tentulah tidak akan berjaya
7. Melakukan sesuatu ibadat atau daya usaha pengorbanan atau perjuangan bukan kerana perintah Allah semata-mata tetapi juga untuk kepentingan yang lain.
SYIRIK BAHAYA DAN KESANNYA DALAM
KEHIDUPAN MANUSIA
1. Rosak Akidah
2. Penghinaan Terhadap Kemanusiaan
3. Sarang Tahyul
4. Kezaliman Terhadap Kebenaran Dan Diri Sendiri
5. Sumber Ketakutan
Firman Allah
Barangsiapa Mengharap Perjumpaan Dengan Tuhannya, Maka Hendaklah Ia Mengerjakan Amal Salih, Dan Janganlah Ia Mempersekutukan Seorang Pun Dalam Beribadat Kepada Tuhannya. (Al-Kahfi:10)
SEMOGA KITA SEMUA AKAN DILINDUNGI ALLAH DARI MALAPETAKA DAN KENISTAAN API NERAKA; MEMPEROLEHI KEBERUNTUNGAN DUNIA DAN AKHIRAT DAN MASUK SYURGA
CERITA 3 HARI 2 MALAM DI RIMBA RIA SUARA HUTAN
| author: D' UluAssalamualaikum, tiada permulaan sehebatnya. dah dekat 2 minggu tidak memasukkan bahan baru.SKDN..... Pada 24- 25.7.09 lepas telah mengadakan perkhemahan badan beruniform sekolah kali ke 4 bertempat di Kem Rimba Ria Suara Hutan. Sebagai penyelaras program, saya amat berpuas hati dengan segala perjlanan kem tahun ini,walaupun ada sedikit masalah,itu perkara kecil,yang penting matlamat tercapai.
JUMAAT: 2.40PM
Para peserta kem mula berkumpul di SKDN, Pn. Normah dan beberapa AJK pendaftaran sibuk meneliti semula senarai peserta serta mengumpul peserta.Ajk telah melaksanakan tugas dengan baik pada hari i2.
3.30PM baru para peserta bertolak ke Kem dengan menaiki 2 buah bas yang di sewa khas dengan Abg Dollah.....baYARAN bas?......biasala.peserta samapi di kem lebih kurang 4.20pm. saya telah mengumpulkan peserta...rupa-rupanya Amal,Rudy n Amil dah sampai dulu di Kem,mereka dah rancang nak ngail nampaknya.
Malam pertama di kem diserikan dengan ceramah pecah bendungan oleh Kapt. Ismadi Damsuki ( Ketua Jurulatih TKRS nEGERI sGOR ) lAMA betul dia ceramah takpe yang penting budak2 skdn masih hepi n beri tumpuan. sementara itu saya memberi taklimat kepada jurulatih2 tentang tugas2 yaang akan dijalankan keesokkan harinya.
SABTU : 24.07.0
Pelajar btelah dipecahkan kepada 4 kumpulan, wira,waja,satria dan perkasa. semu aktiviti akan berjalan hari ini.
aktiviti pertama adalah merunut hutan dan flying fox. peserta dipecahkn kepada 2 kumpulan besar, kump 1 dan 2 memulakan akyiviti flying fox sementara kump 3 dan 4 pergi merunut hutan. setelah selesai aktiviti tersebut para peserta memulakan aktiviti pengkalan. ada 4 pangkalan, ikhtiar hidup,asas kompas,tali temali dan bantu mula. syukur SKDN mempunyai jurulatih yang mahir dalam semua aktiviti yang dijalankan. terima kasih kepada semua jurulatih.
sebelah petang pun sama aktiviti dijalankan sebagaimana waktu pagi cuma pertukaran kumpulan saja.aktiviti sampingan jurulatih......mancingla, wuyoooo, chulan n amil bnyak tangkap ikan talapia dan tongsan kat kolam, aada skit masalah tapi dapat setel ngan baik.
MALAM
Perbincangan untuk melaksanakan aktiviti kembara malam,perlukan ramai guru untuk mengawasi perjalanan peserta, maklumlah alam gelap,macam2 boleh jadi.jam 11.18mlm aktiviti mula dijalankan dan tamat jam 12.22mlm.Alhmdulillah tiada apa yang berlaku.
AHAD.26.07.09
Hujan turun hariini,agak lebar juga, Pn. Normah dan Pn. Mastura sibuk memindahkan peserta ke dalam dewan.yang saya bimbang terjadi hari ini, dan yang paling merunsingkan aktiviti air tidak dapat dijalankan,pesera dah bising takut xdapat main air. ALLAH itu maha penyayang,aktiviti air dapar dijalankan juga walaupun agak lewat,yang penting matlamat tercapai.
MAJLIS PENUTUPAN.
Majlis penutupan Perkhemahan diadakan secara sederhana yang mana dirasmikan penutupannya oleh En. Asri Ngosman ( YDP PIBG SKDN ).Peserta beertolak pulang selepas makan tengah haari yang isediakan oleh pengurusan kem
SYUKRAN.
Kepadaa semua guru-guru SKDN yang berpenat berlelah sepanjang Perkhenmahan dijalankan,Juga kepada semua GURU PRAKTIKUM sanggup bermalam di kEM sekiannya.Para pentadbir sekolah dan Ajk PIBG dan ibubapa yang memberi sokongan.c next year pula PERKHEMAHAN SKDN. INSYAALLAH.
TAA'DUD JAMAAH : SATU PANDANGAN
| author: D' UluSemenjak 1926, kaum Muslimun tidak mampu untuk membentuk jamaah Islamiyyah yang satu di bawah satu kepimpinan di satu negara. Oleh itu, kita dapati di satu negara, wujudnya persatuan-persatuan di atas asas ilmu, persatuan-persatuan yang dibina untuk kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan yang berdiri di atas asas fikrah atau politik yang luas. Sehingga kita mendapati adanya peribadi-peribadi yang tidak beriltizam dengan mana-mana tanzim. Penelitian al-Quran dan Sunah telah mendedahkan beberapa sebab perselisihan atau perpecahan ini. Sebab-sebab tersebut telah disusun oleh Al Ustaz Said Hawa ;
A). Tidak mengikuti jalan Allah.Firman Allah Taala;
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menuruti jalan-jalan yang lain daripada Islam, kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertakwa” (surah Al-An’am:153)
B). Melupai satu juzu' daripada agama Allah.Firman Allah Taala
“Dan di antara orang-orang yang berkata:’Bahawa kami ini orang-orang nasrani’ , Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai ke hari kiamat dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.”(surah Al-Maidah:14)
C. Hasad dengki dan marah-memarahi.Firman Allah Taala;
“Dan umat tiap-tiap Rasul tidak akan berpecah-belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka pengetahuan (apa yang disuruh dan apa yang dilarang) berlakunya (perselisihan yang demikian itu) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.”(surah Asy-Syura:14)
Rasulullahsalallahualaihi wasalamtelah mentafsirkan (البغي) dengan sabdanya:
[Telah merebak di kalangan kamu penyakit umat-umat sebelum kamu iaitu hasad-dengki dan marah-memarahi .Ia adalah pencukur.Aku tidak berkata pencukur yang mencukur rambut. Sesungguhnya ia adalah pencukur yang mencukur agama ](riwayat Ahmad dan Tirmizi)
D. Tidak Beraqal (Mementingkan nafsu daripada kitab Allah).
Firman Allah Taala :
“(Orang-orang Yahudi dan munafiq) dengan keadaan bersatu padu sekali pun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbentang kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya) permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras , engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka.”(surah al-Hasyr:14)
E). Tidak bersatu hati untuk akhirat dan tidak zuhud dengan dunia. ]
Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam:
[ Tidak akan dibuka dunia kepada seseorang melainkan Allah akan melontarkan perasaan permusuhan dan marah-memarahi di kalangan mereka sehingga hari kiamat ](riwayat Ahmad dan Al-Bazzar)
F). Tiada rahmat Allah.
Firman Allah Taala:
“Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhanmu (mereka bersatu di dalam ugama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu :”Sesungguhnya Aku akan memunuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia berdosa”.(surah Hud : 118-119)
Allah telah menyebut sifat-sifat mereka yang layak mendapat rahmat Allah. Firman Allah ;
“Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong kepada setengah yang lain, mereka menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha Bijaksana.”(surah at-Taubah:71)
Kecuaian pada salah satu daripada sifat ini bererti kecuaian pada kesatuan umat Islam.
G). Mengidap empat penyakit.
a) Kedekut yang ditaati.
b) Hawa nafsu yang diikuti.
c) Dunia yang dilebihi.
d) Kagum dengan pandangan sendiri.
Seorang telah datang bertanya Abu Tha’labah Al-Khasyari dan bertanya; ”Bagaimana engkau beramal dengan ayat ini?". Abu Tha’labah bertanya; ”Ayat mana?” Lelaki itu berkata, firman Allah;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya) Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu balasan apa yang kamu telah lakukan”. (surah al-Maidah:105)
Abu Tha’labah menjawab, “Demi Allah aku pernah bertanya Rasulullah salallahualaihi wasalam tentang ayat ini. Baginda bersabda;
[ Bahkan kamu suruhlah dengan kebaikan dan cegahlan kemungkaran sehingga, apabila engkau melihat kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dunia yang dilebihi dan kagum setiap yang mempunyai pandangan dengan pandangannya. Wajib ke atas engkau dengan diri engkau dan tinggalkan orang awam. Sesungguhnya di belakang kamu adanya hari-hari, seorang yang sabar padanya seperti seorang yang menggenggam besi panas. Pekerja Islam pada hari itu dianugerahkan ganjaran seperti lima puluh orang yang beramal dengan amalan kamu. Rasulullah ditanya ;”Wahai Rasulullah ! Ganjaran lima puluh orang dari kalangan kami atau mereka .” Rasulullah menjawab; Bahkan ganjaran lima puluh daripada kamu ] (Tirmizi berkata hadis hasan gharib sahih).
