16 November 2010

20 FAKTA MENARIK TENTANG AGAMA ISLAM

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.


3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24.

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”.

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.


07 November 2010

PESANAN BUAT WANITA

Wanita di zaman ini ramai yang telah meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terang bercanggah dengan hukum islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan malu dan tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.

Pemerintah, mufti-mufti, alim-ulamak, ibu-bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharaja lela di dalam kehidupan manusia hari ini akibat daripada kuman-kuman wanita yang mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas agama dan undang-undang? Maka kita semua akan ditimpa bala oleh Allah! Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita masuk ke dalam lubang kubur!

Manusia di zaman ini tamak haloba dengan nikmat Allah tetapi mereka tidak mahu taat kepada Allah! Manusia di zaman ini mengetahui Allah itu ada tetapi mereka tidak mahu berusaha untuk menuntut mengenal Allah. Mereka menyembah Allah sedang mata hati mereka buta terhadap Allah dan tidak pernah berhadap kepada Allah, alangkah murkanya Allah, tidakkah mereka tahu Allah sahaja yang wujud di dalam alam ini?

Manusia di zaman ini ramai tidak syukur dengan nikmat Allah, rezeki yang Allah kurnia kepada mereka itu, mereka anggap dari usaha mereka dan cerdik pandai mereka sendiri. Barangsiapa yang tidak taat kepada Allah dan tidak syukur dengan nikmat Allah dan tidak redha barang yang ditakdirkan oleh Allah, maka carilah tuhan yang lain daripada Allah dan keluarlah dari bumi Allah..!

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):

"Dua sifat daripada ahli neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk jannah (syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."
(hadis riwayat Imam Muslim)

14 September 2010

DAULAT TUANKU....DAULAT TUANKU....DAULAT TUANKU ( ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR )

Tengku Faris Sultan Kelantan Ke-29

PENGISTYHARAN pemasyuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fariz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 41 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu hari ini, 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 dalam sejarah kesultanan Kelantan.

Baginda Tengku Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelatan tanggal 6 Oktober 1985 dalam usia baginda 16 tahun.

Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhamad Fakry dan Tengku Amalin A'Ishah Puteri.

Tengku Faris yang dianggap sebagai anak raja yang berjiwa rakyat dan kuat beragama, tidak menghairankan kerana baginda mendapat didikan agama sejak dari kecil lagi. Sejak kecil lagi baginda diasuh dengan didikan agama di istana dan diajar oleh beberapa ulamak terbilang.

Baginda mendapat pendidikan sekolah di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu (1976 - 1981). Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dengan mendapat 5A, baginda dimasukkan di Sekolah Alice Smith School Association Jalan Balemy Kuala Lumpur (1981 - 1983).

Sebelum berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Okham School Rutlanda sehingga tingkatan 3. Baginda juga menamatkan A Lavel di sekolah yang sama pada tahun 1987. Sebenarnya sebelum berangkat ke England baginda sudah khatam Quran.

Pemilihan baginda sebagai Sultan Kelantan bagi mengganti ayahandanya, Tengku Ismail Petra Ibni Amarhum Sultan Yahaya Petra dilihat tepat kena pada masanya. Pemilihan baginda juga seperti sireh dipulangkan ke ganggang kerana baginda adalah anakanda Sultan Ismail Petra yang pertama dan baginda juga merupakan Tengku Mahkota Kelantan. Permasyuran hari ini juga dinanti-nanti dan ditunggu sekalian rakyat Kelantan.

Sesungguhnya selain dari pemasyuran hari ini yang dibuat dibawah Kuasa (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), mencatat sejarah tersendiri, ia juga memberi signifiken lain kepada kerajaan Kelantan yang diperintah Pas hari ini. Semasa menjujung duli pada upacara pemasyuran itu perkataan atau laungan lazim didengar, iaitu Daulat Tunaku diganti dengan takbir Allahuakbar sebanyak tiga kali. Kejadian ini belum pernah berlaku pada upcara-upacara persis itu selama ini.

Pertukaran ini menunjukkan betapa Baginda Sultan Kelantan ingin mengubah atau meletak sesuatu yang tinggi nilainya ditempatnya dan menggambarkan kehambaan beliau sebagai seorang hamba Allah dan tidak mahu bersubahat dengan sesuatu yang syirik dan biadaah.

Seperti mana kata Nik Aziz upacara penabalan akan dilakukan tidak lama lagi. Apapun majlis pada hari ini sangat penting kerana ia akan menamatkan kemelut dan pergeserean Istana Kelantan yang berlaku sejak lebih setahun lalu.



Pergeseran berlaku bila mana ada pihak tertentu yang kurang senang sekiranya pengganti kepada kepada Sultan Ismail diambil alih oleh Tengku Fariz Petra. Justeru ada beberapa tindakan mahkamah untuk menghalang taradisi berkenaan. Di mana mengikut perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan, sepatutnya anakanda sulung yang sihat, bersih dan mulia budi pekertinya diangkat menjadi sultan sebagai mengganti ayahanda baginda.

Mengenai perwatakan dan syaksiah Tengku Faris ini ia memang mendapat pujian dan sanjungan rakyat jelata. Kemurahan dan kerajinan baginda berangkat dan mencemar duli, melihat sendiri keadaan hidup rakyat menjadi sebutan dan sanjungan. Baginda juga tidak mementingkan protokol dan senantiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut.

Apa yang pernah saya sendiri saksikan sungguh mengejutkan. Semasa Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman (Pondok Lubuk Tapah) meninggal baginda berangkat menziarahi jenazah kemudian berangkat sekali lagi untuk sama-sama menyembahyangi jenazah Allahyarham. Tok Guru Abdullah Lubuk Tapah dianggap sebagai tok gurunya sendiri.

Baginda datang tanpa ada protokol, dengan berpakaian jubah putih dan kopiah banginda berada di saf hadapan menyembahyangi jenazah bersama orang ramai. Tidak ada kelihatan baginda mengutamakan kedudukan dan darjahnya. Tempat duduknya juga sama seperti makmu lain saja. Baginda juga senang bersalam dengan sesiapa saja.

Begitu juga semasa Ramadhan tahun lalu baginda turut sama bersembahyang tarwaih di Qhariah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamamad ke-IV bersama segenap lapisan rakyat. Kedatangan baginda secara mengejut itu benar-benar memeranjatkan para pegawai istana dan juga pegawai kerajaan dan orang politik Kelantan.

Bayangkan bagaimana gelabahnya para pegawai kerajaan dan pemimpin politik apabila tahu yang baginda sudah berada di Qhariah Ramadhan itu tanpa dibentang apa-apa capert merah untuk lalauan baginda, dan keberangkatan itu pun tidak dihebahkan.

Selain itu baginda juga sering turun ke daerah-daerah untuk mendirikan solat Jumaat. Tengku Faris akan membuat kunjungan rambang untuk mendirikan solat tanpa memberi tahu terlebih daulu. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar di masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya.

Misalnya seperti mana dituturkan Datuk Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud, semasa baginda berangkat ke masjid Siram, Pasir Mas, baru-baru ini tidak semena-mena selepas solat Jumaat baginda menziarahi seorang Guru Pondok, Haji Sulaiman yang sakit. Baginda tidak pun ada jadual untuk melawat Haji Sulaiman tetapi sebaik diberitahu baginda terus ke rumah Guru Pondok itu.

Lawatan secara tiba-tiba itu menyebabkan para pegawai istana, pegawai daerah yang menjadi pengiring sedikit kelam kabut dan rasa bersalah. Namun baginda tidak peduli kepada protokol itu dan tidak berkecil hati atas apa yang berlaku. Apa yang penting baginda dapat berjumpa dan melakukan ziarahi tuan guru berkenaan.

"Tuanku tidak sagan silu dan kekok baginda duduk di kerusi buruk saja di samping Tok Guru Haji Sulaiman dan bertanya khabar," begitulah cerita Nasaruddin.

Pada masa lain baginda juga pernah bersama rakyat melakukan korban Aidiadha. Apa yang meruja dan mengejutkan rakyat baginda sendiri yang melalukan penyembelihan. Darah lembu yang mercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai indah dan disitulah kerendahan budi dan kebesaran hati Tengku Faris sebagai seorang raja.

Atas kemurahan, kerajinan dan mesra rakyat Sultan Kelantan itu semua itu menggambarkan kehambaan dan sikap tawaduk yang tinggi yang ada kepada Tengku Muhammad Faris Petra, sultan Kelantan yang baru. [wm.kl. 6:00 pm 13/09/10]
-Tranungkite.net

13 August 2010

RAMADHAN KEMBALI LAGI




Assalamualaikum,kita antara hamba allah yang dipilih untuk bersama dengan ramadhan lagi. Sama-samalah kita mengejar ganjaran dari allah dalam Ramadhan ini, jangan lalai dengan dengan dunia yang semakin nengoyahkan iman kita dengan pelbagai hidangan dunia yang melalaikan.Antara ganjaran yang allah sediakan kepada kita sepanjang Ramadhan adalah TERAWEH....ianya hanya ada pada Ramadhan, maka bersamalah kita mengejar ganjaran TERAWEH

Fadhilat Solat Terawih
Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.
Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Maamur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.


Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.
Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².
Malam 18 : Seru Malaikat ;Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.
Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.
Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.
Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.
Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;
Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kauthar.

10 August 2010

Sajak Dr. MAZA yang mengujakan( KEMANA PERGI SUBSIDI KAMI ?

Assalamualaikum...

Saya amat tertarik dengan sajak nukilan Dr. MAZA, khas untuk rakyat yang rasa meruntun diri akibat kenaikan harga barangan di negara ini. Memang sajak ini khusus untuk para pemimpin negara agar sedar penderitaan yang dirasai oleh rakyat malaysia,walaupun Dr. MAZA bukan ahli politik tetapi beliau rasa terpanggil untuk membela rakyat yang merasa beban dengan kenaikan harga barangan yang memdadak dinegara ini. Sama-samalah kita berkongsi penderitan ini.

KEMANA PERGI SUBSIDI KAMI?

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...




dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

30 June 2010

PROTOKOL YAHUDI UNTUK MENJAHANAMKAN UMAT ISLAM

Dalam protocol Yahudi Nombor 10 ada dicatatkan mengenai lapan perkara yang akan dilaksanakan bertujuan untuk melemahkan bangsa lain terutama mereka yang berugama islam.
Apa protocol itu? Mari sama kita semak.

1. SONG ( Lagu )
Lagu-lagu yang menghiburkan.kini ada anak-anak tidak tahu mengucap dua kalimah shyahadat tetapi boleh menghafal lagu hindustan yang panjang berjela-jela.ada anak-anak yang tidak boleh hafal AL-FATIHAH, tetapi semua lagu-lagu iti Norhaliza yang berdepa-depa ingat di kepala mereka.yahudi sudah berjaya,adakah kita terfikir kalau radio tanpa lagu ?

2. SEX ( Seks )
Lagi satu kegilaan anak-anak muda malah yang tua bangka sekalipun. Seks dimana-mana.dikaca TV,dalam filem,dalam iklan adengan seks mesti diselit,kekadang adengan seks yang tidak diperlukan pun ada untuk buat menyemak mata bagi mereka yang antinya.filem 18SX amat laris berbanding filem yang bertanda U.DVD dan CD lucah tak payah cerita,pasar malam berlambak boleh dapat dengan harga murah.persoalan, masih adakah lagi ada cerita dan filem yang tidak diselitkan adengan seks ?

3. SMOKE ( Hisap Rokok )
Rokok………hahahaha, ini menjadi kegilaan para remaja,sehingga dikata tidak moden kalau tidak hisap rokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan kalau nak kata ‘ up to date’.kalau dulu yang hisap rokok bagi perempuan kebanyakan dari golongan sundal senang kata pelacur.tambahan pula perokok ini jadi tuan bagi jin-jin,kerana jin memakan asap….makannan 5 bintang tu. YAHUDI SENGIH MEMANJANG.

4. SPORT ( Sukan )
Pelgagai jenis sukan ditonjaolkan.Dan lelaki dan perempuan sama-sama berlumba untuk mencari nama hinggakan sekarang bolasepak pun dimainkan oleh perempuann sehingga ada world cup bagi wanita.Apabila sukan,tutup aurat jauh sekali,solat pun banyak yang lupa,bukan saja yang main sukan saja malah yang tonton pun tak solat.Kalau solat nanti terlepas gol pulak….itu alasan yang diberi, neraka nak buat alasan apa ? Sehinggakan ada yang mengaku ulama kata solat boleh tangguh kerana sukan, hahahahahaha…YAHUDI SAKAN TERGELAK.

5. FUN ( Hiburan )
Dimama-mana mesti ada hiburan yang melalaikan,kalau kita lihat 100 majalah,99 adalah majalah hiburan termasuk majalah Mangga yang menampakkan buah mangga artis-artis perempuan. Kalau ada konsert,sanggup berebut untuk beli tiket, belum magrib dah terpacak depan sekali…..nak tengok gelek artis…..goyang Inul, YAHUDI MELOMPAT KEGIRANGAN.



6. FEMALE ( Perempuan )
Tawaran yahudi yang istimewa dan mengasyikkan terutama dalam iklan barangan kekadang yang tak kena-mengena pun dengan perempuan pun ada gambar perempuan yang separuh bogel dengan gaya yang menggegarkan.Tengok iklan beteri kereta…..mesti gambar perempuan yang mengiurkan terpapang, apa kaitan perempuan dengan beteri kereta ? KETAWA SAMPAI TEMUNTAH YAHUDI.

7. FESYEN
Terutama perempuan,yang macam-macam sehinggakan memakai tudung pun aurat masih tersengeh keluar.Macam mana dikata menutup aurat dengan bertudung kalau berbaju ketat dan seluar ketat sehinggakan menampakkan seluar dalam.Yang mewarnakan rambut lagi teruklah.Buat apa nak bertudung kalau warna rambut,sapa nak tengok fesyen terkini kalau bertudung.Kalau warna rambut macam mana nak solat,manddi wajib ?sebab kebanyakkan pewarna rambut adalah kalis air.Itu tak kira lagi yang jadi ‘sami’ yang cukur bulu kening…….kakakakakah orang islam nak jadi yahudi.

8. FOOD ( Makanan )
Lagi satu kegilaan umat islam,terutam makanan dari negara barat . Pizza Hut,McD,KFC…..serubi macam lagi,umat islam berbangga makan makanan barat sehinggakan makanan rasul dilupa, hanya setahun sekali saja keluar iklan kurma YUSUFF TOIYIBB.Makanan tersebut semuanya rempah ratus dari barat tak tau halal haram cara diperolehinya.Apabila makan makanan yang haram macam mana imam nak kukuh dan mantap sebab itulah ramai orang islam lupa agama . « aku suka,kata yahudi »

Ingatlah umat islam,jangan kitta berbangga apa yang kita ada kalau kita lupa hak ALLAH atas kita ini.sama-samalah kita beringat dan berhati-hati dengan dakyah yahudi untuk merosakkan umat islam. Moga ALLAH melindungi umat islam walau dimana berada dan besatu menentang yahudi yang dilaknat.

# SUMBER HARAKAH

08 February 2010

SAJAK UNTUK SEMUA - Siapa Aku Di Depan TuhanKu....


SUBUHNYA
Dimana aku berada masih enak dalam kelambu rindu
Sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu
Langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru
Terlupa aku semakin dihujung waktu siapa aku di depan TuhanKu

ZOHORNYA
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
Aku bertolak ansur dengan waktu
Aku gembira membilang keuntungan
Aku terlupa betapa besar kerugian
Jiwa aku menggadaikan sebuah ketaatan
Siapa aku di depan Tuhanku

ASARNYA
Aku lupa warna masa
Cepat berubah bagaikan ditolak- tolak
Aku masih dengan secawan kopi
Terlupa panas tidak dihujung kepala
Aku masih bercerita
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
Siapa aku di depan Tuhanku

MAGHIBNYA
Aku melihat warna malam
Tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yang singkat
Jalan yang bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat
Siapa aku di depan Tuhanku

ISYAKNYA
Kerana masanya yang panjang
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan menggangguku
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru
Bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku di depan Tuhanku

Kini aku menjadi tertanya-tanya
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku
Apabila azan berkumandang lagi
Aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
Kerana dihujung hidup ada mati
Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang disini
Jika ruangku dibiarkan kosong
Jika wajahku menjadi asing
Pada mentari dan juga bintang-bintang.
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU……….