14 December 2011

ALLAHHUAKBAR......DAULAT TUANKU.






Semoga Negara Kita Lebih Berkat Dibawah 2 Sultan Yang Berwibawa Ini.INSYAALLAH.


23 November 2011

"AIR KELANTAN TERKOTOR" JAWAPAN MENTERI BESAR KELANTAN


Yang Amat Berhormat Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat

1. Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad : Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

2. Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Dato’ Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.

3. Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

4. Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawatt di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

5. Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemuakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?

6. Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.

7. Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Yang Amat Berhormat Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 25 Zulhijjah 1432H bersamaan 21 November 2011
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, November 22




19 September 2011

SYAIR JIHAD

Apa untuk Jihad di Sana Ada yang Mencari Jalan ?


Bagi setiap musibah ada penghibur yang meringankannya
Tapi bagi yang menimpa Islam tiada penghiburnya
Sampai semua mihrob menangis padahal ia benda mati
Bahkan seluruh mimbar merintih sedangkan ia kayu jati
Seorang `Abid yang tunduk kepada Alloh lagi penuh kekhusyu`an
Sedang air mata dari kedua pipinya bercucuran
Kini masjid-masjid telah menjadi gereja di waktu maghrib
Tidak ada di dalamnya selain lonceng dan kayu salib
Itulah musibah melupakan apa yang telah lalu
Dan tidak mungkin lupa walau waktu telah lama berlalu…

Wahai para penunggang kuda yang kurus kelelahan
Seolah ia burung penyambar dalam bidang pacuan
Wahai para penyandang pedang India yang tajam
Seolah ia bara api di kegelapan malam yang kelam
Wahai orang-orang bercengkrama di belakang sungai karena gembira
Di negerinya mereka memiliki kejayaan dan kuasa…

Apa kalian telah mengetahui berita tentang Islam sekarang
Sungguh para pengendara telah berjalan dengan berita mereka
Sungguh banyak para tokoh meminta bantuan
Sedang mereka tawanan dan terbunuh
Namun tidak bergeming satupun manusia
Kenapa saling memutus dalam Islam di antara kalian
Sedang kalian wahai hamba-hamba Alloh adalah Saudara
Apa tidak ada jiwa-jiwa besar yang memiliki cita-cita
Apa terhadap kebaikan ini ada penolong dan pembela…

Hai orang-orang yang untuk membela suatu kaum telah terpecah banyak golongan
Yang karenanya mereka diserang kekafiran dan kedurjanaan
Kemarin mereka raja-raja di istana mereka
Sekarang dalam belenggu kekafiran mereka menjadi sahaya
Andai engkau melihat mereka bingung tiada penunjuk jalan
Berbagai pakaian kehinaan mereka telah rasakan
Andai engkau lihat tangisan mereka saat diperjual-belikan
Tentu engkau terperangah dan diliputi kepedihan…

Ya Robb, bayi dan sang ibu telah dipisahkan
Sebagaimana ruh telah dijauhkan dari badan
Sang puteri yang tak pernah dilihat matahari dengan terbuka
Seolah ia berlian dan batu permata
Kini digiring si bule sebagai budak seraya dihinakan
Matanya menangis dan hati penuh keheranan
Untuk seperti ini hati luluh karena kesedihan
Andai di hati ini ada Islam dan keimanan
Apa untuk Jihad disana ada yang mencari jalan…

Sungguh surga peristirahatan telah penuh dengan hiasan
Bidadari dan para pelayan telah menengok dari kamar-kamar
Mendapatkan kebaikan ini demi Alloh mereka para pendekar
Kemudian sholawat kepada Al-Mukhtar dari Alloh semoga di limpahkan
Sepanjang angin berhembus dan berguncang dahan pepohonan…

Sumber:
http://www.arrahmah.com

18 September 2011

AIR MANI SUCI, TAPI KENAPA KENA MANDI HADAS, AIR MAZI NAJIS KENAPA TIDAK PERLU MANDI HADAS



Soalan : Kalau keluar air mani, kita kena mandi wajib. Kalau keluar air mazi pula, kita tak perlu mandi wajib. Ini bermaksud air mani lebih berat daripada air mazi kan? Tapi kenapa air mani dikatakan suci dan kalau terkena pakaian, solat masih sah. Manakala air mazi pula dikatakan najis dan jika terkena pakaian, solat tidak sah. Boleh jelaskan?

Jawapan :

1. Ini kerana ia sudah menjadi perintah Allah. Kita wajib mengikut perintah syariat walaupun kita tidak mengetahui apa sebabnya. Kita disuruh berwuduk sebelum solat bukan kerana muka, kaki dan tangan kita najis. Kita juga tak tahu kenapa solat Asar 4 rakaat, Maghrib pula 3 rakaat. Mukmin sejati akan mengerjakan perintah Allah, samada dia tahu sebabnya atau tidak. Sementara orang yang tidak beriman hanya mengerjakan perintah Allah jika dia mengetahui sebabnya. Jika dia tidak tahu maka dia tak buat.

2. Bukan semua benda kotor dan jijik itu najis. Dalam Islam, najis atau tidak bukanlah ditentukan dari kejijikann atau kekotorannya, tetapi melalui dalil Al-Quran atau Hadis. Kalau ia bersih, tetapi Quran dan Hadis kata ianya najis, maka najis lah ia. Contoh, anak anjing comel yang bersih tetap dikategorikan sebagai najis berat. Kalau hingus dalam hidung itu najis, pasti akan membatalkan solat. Susah la kalau sesiapa yang ada resdung tu.

3. Air mani itu suci. Jika air mani itu najis, maka manusia adalah najis. Kerana itulah, walaupun mazi dan mani keluar dari jalan yang sama, hukumnya berbeza. Kerana bukan jalan ia keluar(kemaluan) yang menentukan, tetapi dalil Al-Quran dan Hadis.


16 July 2011

PENDAPAT PARA ULAMA TENTANG NIFSU SYA'BAN

"Rasulullah sallAllahu `’alaihi wasallam bersabda:
“ALLAH melihat kepada hamba-hambaNYA pada malam nisfu Sya`ban, maka DIA mengampuni semua hamba-hambaNYA kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” (Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)


Hadith di atas merupakan hadith yang sahih dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam berkenaan fadhilat nisfu Sya’ban. Terdapat banyak lagi dikatakan hadith-hadith yang membentangkan tentang fadhilat dan kaifiat sempena Nisfu Sya`ban. Namun, hadith-hadith tersebut telah dikategorikan sebagai dhaif (lemah) dan maudhu` (palsu).
Adapun berkenaan beberapa amalan masyarakat umum dalam menyambut nisfu Sya`ban, berikut disenaraikan beberapa pandangan `ulama muktabar tentangnya:
(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)
(2) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).
(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
(3) Al-Hafiz al-Iraqi:
“Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya`ban adalah maudhu`, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”



(4) Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:
“Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan `Isya’ pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya`ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid`ah (ditokok tambah dalam agama).”
(Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).
(5) Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz:
“Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).”
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).
(6) Al-Imam as-Suyuti:
“(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).”
(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)
Kesimpulan
• Beribadatlah mengikut apa yang telah disyariatkan melalui nas sahih yang diperolehi dari al-Quran dan as-Sunnah. Jangan sekadar mengamalkan sesuatu ibadah kerana ikut-ikutan, tanpa sandaran yang kukuh dari al-Quran dan as-Sunnah.
• Perbanyakkanlah ibadah pada malam Nisfu Sya`ban dengan mengambil fadhilat dari hadith yang telah disebut di atas. Dirikanlah solat sunnat, baca al-Quran dan lain-lain amalan baik bagi mendekatkan diri kepada ALLAH. Tiada amalan ibadah tertentu dan khas yang bersumberkan nas yang sahih sempena Nisfu Sya`ban. Hal ini telah disebut oleh beberapa ulama seperti di atas.
• Jauhkan dari perbuatan syirik dan sifat permusuhan. Kerana dua sifat yang buruk ini membuatkan diri seseorang tidak mendapat keampunan ALLAH pada malam Nisfu Sya`ban.
• Berhati-hatilah dengan ancaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal berdusta ke atas Baginda SAW. Berdusta ke atasnya bermaksud menyandarkan sesuatu amalan dan perkara kepada Baginda sallAllahu `alaihi wasallam, walhal Nabi SallAllahu `alaihi wasallam tidak pernah berkata, perbuat atau bersetuju amalan sebegitu. Sabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam yang bermaksud:
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)
Semoga ALLAH Yang Maha Pengampun mengampuni dosa-dosa kita, amin.
WAllahu Ta`ala A`lam.
- www.muzir.wordpress.com

01 July 2011

BANYAKKAN KITA SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN MUHAMMAD

Banyak kelebihan selawat ke atas Nabi s.a.w. Antara hadis Rasulullah s.a.w yang mneybut tentang kelebihan ini ialah sabda Nabi s.a.w:

مَنْ صَلَّى عَليَّ وَاحِدَةً صَلَّى الله عَلًيهِ عَشْرًا

“Sesiapa yang berselawat ke atas ku dengan satu selawat, nescaya Allah kan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”
Adapun faedah selawat sebgaimana yang disebut oleh ulama amat banyak. Syeikh Abdul Kadir al-Jilani al-Hasani r.a. menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan bahawa Ibnu Farhun menyatakan yang berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini ditulis di dalam kitabnya, Hadaiq al-Anwar.
42 KELEBIHAN SELAWAT
1) Melaksanakan perintah Allah.
2) Bersama dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3) Bersama dengan selawat pada malaikat.
4) Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5) Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6) Ditulis oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7) Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat
8) Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9) Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10) Mendapat keampunan daripada Allah serta ditutup segala keaiban.
11) Allah akan menutup segala dukacita.
12) Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13) Mendapat darjat al-Sidq.
14) Ditunaikan segala hajat.




15) Selamat sejahtera pada hari khiamat.
16) Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang berselawat.
17) Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18) Selamat sejatera pada huru-hara hari khiamat.
19) Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung bagi setiap selawat yang dibacakan.
20) Mudah mengingati kembali perkara-perkara yang lupa.
21) Mendapat kedudukan yang baik pada hari khiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22) Tidak akan merasai fakir.
23) Terpelihara daripada sifat bakhil.
24) Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w kepada orang yang berselawat.
25) Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga.
26) Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut oleh Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis yang melalaikan.
27) Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut الحمد لله رب العالمِين (di dalam doa), disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28) Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari khiamat.
29) Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
30) Disambut oleh Allah pada hari khiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
31) Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
32) Mendapat keberkatan daripada Allah.
33) Mendapat kesempurnaan iman.
34) Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
35) Mendapat hidayah daripada Allah.





36) Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w secara langsung.
37) Teguh pendirian dengan kebenaran.
38) Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu, ia dianggap mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutus Rasulullah s.a.w. kepada kita.
39) Berselawat juga bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri kita sendiri.
40) Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
41) Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah menjelmanya gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
42) Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syaikh dan murabbi.

SUMBER: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya, 176-178

18 June 2011

ALASAN WANITA YANG MALAS MENUTUP AURAT

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.



4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

04 February 2011

PERUBAHAN DIRI ITU ADALAH ANUGERAH ALLAH



"“Apabila aku beri nasihat, kadang-kadang diorang kata kat aku:“Alaaa… kau pun bukan baik sangat dulu…”Aduh sabar je aku. Aku tahu aku dulu nakal lah jugak…”adu rakan lama saya. Kata-kata ini sangat pahit untuk ditelan oleh rakan lama saya apabila beliau mula membuka mulut untuk memberi nasihat atau ajakan kebaikan. Beliau sedar memang beliau pernah nakal sewaktu remaja dan belia beberapa tahun sebelum ini. Namun, itu semua sudah menjadi sejarah.Beliau kini adalah orang yang baru.

Telah ramai rakan-rakan yang mengucapkan kata-kata itu kepada beliau. Bukan sahaja rakan-rakan, malah di kalangan ahli keluarga dan isteri sendiri pun ada mengucapkan kata-kata seumpama itu. Kasihan saya mendengar cerita beliau.

Saya mendengarnya dengan simpati dan cuba berempati. Sudah bertahun-tahun saya tidak jumpa rakan saya ini. Dengan perubahan yang berlaku kepada beliau ini, saya ucapkan syukur, alhamdulillah.

“Dah 2 tahun aku macam ni. Aku sangat-sangat bersyukur kerana mendapat hidayah. Dan sekarang ni aku jumpa kau sebab aku nak hijrahkan semua akaun-akaun aku kepada Islamic. Aku tak mahu lagi dah yang riba-riba ni! Zakat pun nanti nak minta kau tolong sikit…” beliau menyatakan tujuan utama beliau ingin berjumpa dengan saya.

Bukan itu sahaja sebenarnya. Banyak lagi yang kami bincangkan. Kami bercerita tentang hal keluarga, pendidikan anak-anak, perkembangan semasa, beberapa isi kuliah-kuliah yang beliau hadiri dan lain-lain lagi. Cahaya keimanan terpancar dari wajah beliau dan saya rasa seronok berbual dengannya. Hati saya berasa segar dan berbunga dek cahaya keimanan sahabat saya itu, alhamdulillah…

=======

Saya rasa situasi ini berlaku kepada ramai orang. Terutama kepada seseorang yang ingin dan telah berubah menjadi baik. Sejarah silam kadang-kadang diungkit oleh rakan dan taulan, malah oleh keluarga sendiri. Mereka meremehkan nasihat itu dengan sebab sebelum ini orang itu pernah nakal, jahat, samseng, pelaku dosa dan bermacam-macam lagi yang negatif.

Memang inilah cabaran yang terpaksa dilalui oleh orang yang mahu menempuh jalan kebaikan. Sangat besar mujahadah ini. Syaitan laknatullah sudah tentu akan berperanan untuk melemahkan orang ini agar tidak terus dengan perjuangan untuk berubah menjadi baik. Ditambah lagi dengan tiada sokongan moral dari sekeliling, malah diejek pula, maka sudah tentulah perjuangan tersebut semakin berat untuk ditempuhi.

Janganlah diejek orang-orang ini. Bantulah mereka, sokonglah mereka dan bimbinglah mereka. Kerana jika kita bersungguh-sungguh membantu dan mendorong mereka berbuat kebaikan, subhanALLAH, ganjarannya sangat besar. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Barangsiapa yang memberi petunjuk atau mengajak kepada kebaikan, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR Muslim)

Buat insan-insan yang sudah sedar dan mahu kembali ke pangkal jalan dan mahu beriltizam dengan jalan agama, bersyukurlah dengan hadiah hidayah dan taufiq ini. Iringilah perjuangan itu dengan sentiasa berdoa:

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini di atas agamaMU, amin…”

Dan berikut saya senaraikan beberapa nasihat ringkas supaya terbit motivasi agar dapat meneruskan niat dan usaha yang suci itu:

(1) Luruskan hati kerana ALLAH.

Mula-mula, kena luruskan hati agar perubahan kebaikan ini adalah kerana ALLAH. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Bahawasanya semua amal itu tergantung dengan niat, dan bahawasanya apa yang diperoleh oleh seseorang adalah sesuai dengan diniatkannya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Usah pandang belakang, terus jalan ke hadapan. Niatkan semua amal dan perbuatan yang kita lakukan hanya kerana ALLAH. Orang nak kata apa, usah pedulikan.

(2) ALLAH suka pada orang yang bertaubat.

Jangan ada rasa bahawa ALLAH tidak akan terima taubat kita. Jangan! Kerana ALLAH sangat suka menerima taubat, dan DIA sangat suka memberikan keampunan. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sungguh, ALLAH lebih gembira menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali unta-unta yang telah hilang di tengah-tengah padang pasir.” (HR Bukhari dan Muslim)

Ayuh, bersemangatlah! Usah dipandang lagi sejarah silam yang gelap. Buka buku baru, teruskan berjalan ke hadapan dengan semangat dan harapan baru. ALLAH sayang padamu…

(3) Bersungguh-sungguhlah dalam hal kebaikan.

Usah dirosakkan usaha yang baik itu dek ejekan orang lain. Buatlah sungguh-sungguh amal dan perbuatan yang boleh mendekatkan diri dengan ALLAH. Kerana ALLAH sangat suka kepada hamba-hambaNYA yang bersungguh-sungguh dan bermujahadah dalam hal kebaikan semata-mata kerana ALLAH. Di dalam hadith Qudsi, ALLAH Ta’ala berfirman:

Apabila seseorang itu mendekatkan diri kepadaKU sejengkal, maka AKU akan mendekat kepadanya sehasta. Apabila ia mendekatkan dirinya sehasta, maka AKU akan mendekat kepadanya sedepa. Dan apabila ia datang kepadaKU dalam keadaan berjalan, maka AKU akan datang kepadanya dalam keadaan berlari” (HR Bukhari)

SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH…!

(4) Samada syurga atau neraka?

Di akhirat nanti, tempat tinggal hanyalah Syurga dan Neraka. Kita samada akan masuk Syurga atau Neraka. Syurga merupakan tempat yang penuh dengan nikmat dan keseronokan. Manakala Neraka adalah tempat yang dahsyat dengan seksaan dan bencana.

Justeru, kita mesti berusaha sungguh-sungguh agar mendapat kasih sayang ALLAH, supaya nanti kita dimasukkan ke dalam Syurga, dan dijauhkan dari Neraka. Kita tidak boleh membiarkan kata-kata orang lain membuatkan kita hilang tumpuan dan fokus terhadap penentuan nasib kita di akhirat nanti. Biar apa orang lain nak kata, biarkanlah… Jalan terus, jalan terus untuk mendapat keredhaan ALLAH ‘Azza wa Jalla.

Dan sekiranya kita berasa asing lantaran iltizam kita mahu berada di atas jalan ALLAH, usah bersedih. Memang Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mengesahkan bahawa orang yang mahukan agama ini akan rasa terasing. Namun, Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam berkata, “Berbahagialah orang yang asing itu…”