16 November 2013
PERKONGSIAN UNTUK SEMUA : KERTAS KERJA KENAIKAN PANGKAT TKRS
Kertas Kerja
Kursus Kenaikan Pangkat
Lans Koperal & Koperal
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Daerah Hulu Langat
2011
1.0 Tajuk
Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah Daerah Hulu Langat Tahun 2011
2.0 Rasional
Untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan amalan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam bulan Ramadhan serta penghayatan pelajar t, ujian dan pentauliahan Lans Koperal dan Koperal bagi ahli TKRS perlu dilakukan untuk memboleh mereka ditauliahkan kepada pangkat yang sewajarnya hingga ke peringkat kebangsaan.
3.0 Matlamat
Melahirkan ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah yang teruji berkualiti, berketrampilan dan berwibawa dalam usaha merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang bakal menjana modal insan cemerlang untuk menggalas tanggungjawab memimpin negara maju berpaksikan falsafah KRS dan TKRS iaitu BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL.
4.0 Objektif
4.1 Membangunkan modal insan dengan memberi fokus kepada memupuk pelajar agar memiliki kemahiran , berketerampilan dan memantapkan kokurikulum
4.2 Melahirkan ahli TKRS Daerah Hulu Langat yang berkaliber dan mahir dalam aktiviti mengikut kurikulum latihan TKRS.
4.3 Membina penampilan diri yang positif dan memberi penekanan aspek nilai-nilai murni dengan menanamkan semangat persahabatan, berbudi bahasa dan persefahaman di antara ahli-ahli TKRS bersama para jurulatih dan barisan kepimpinan KRS dan TKRS Daerah Hulu Langat.
4.4 Melengkapkan diri ahli TKRS dengan pelbagai jenis kemahiran asas TKRS sebagai pemangkin wawasan negara pada masa depan
5.0 Latarbelakang
Telah lebih 6 tahun TKRS ditubuhkan dan berkembang maju serta mengalami pelbagai perubahan yang menjurus untuk memperkasakan TKRS sebagai pasukan beruniform institusi pendidikan di negara ini yang digeruni dan menjadi kebanggaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadi penaungnya. Justeru, perkembangan semasa global memperlihatkan imej TKRS semakin tercabar dan memerlukan tindakan pantas untuk memastikan TKRS sentiasa di hadapan. Kursus kenaikan pangkat ini adalah wadah bagi meneruskan kegemilangan TKRS yang melahirkan anak-anak watan kelas pertama bagi mengangkat martabat negara di persada ledakan kemajuan dunia tanpa sempadan ini lantas memacu peranan sebagai idola dunia.
6.0 Rasional
6.1 Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan sebagai ahli kadet TKRS pada peringkat Lans Kopral dan Kopral.
6.2 Peserta dapat berperanan sebagai pemimpin platun di sekolah atau di daerah masing-masing yang teruji kebolehan dan kewibawaannya.
6.3 Menyeimbangkan keperluan fizikal dan mental bagi merintis sahsiah yang baik kepada semua ahli KRS/TKRS.
7.0 Pelaksanaan
7.1 Tarikh
26 – 27 September 2011
7.2 Tempat
SK Dusun Nanding
7.3 Sumbangan Pelajar
Setiap peserta dikenakan sumbangan sebanyak RM 40.00
7.4 Kumpulan Sasar
1. Anggota TKRS yang telah menjadi ahli TKRS sekurang-kurangnya 6 bulan.
2. Pelajar Tahun 5 sahaja
3. 2 orang kadet lelaki atau 2 orang kadet perempuan atau 1 orang kadet lelaki dan 1 orang kadet perempuan setiap sekolah.
7.5 Jawatankuasa
7.5.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat : Pengarah Pelajaran Selangor
Pengerusi : Tn Mohd Mahmudi B Bakri
Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat
Timbalan Pengerusi 1: En Mohd Radzi B Abdullah
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Lngat
Timbalan Pengerusi 2: En Sharuddin Bin Yusof
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Naib Pengerusi : Pn. Sadiah Bt. Ahmad
Guru Besar SK Dusun Nanding
Setiausaha : Pn Marina Bt Masban
Penyelia Kanan Kokurikulum
PPD Hulu langat
Pen. Setiausaha 1 : En Razak B. Said
Penyelia Kokurikulum PPD
Pen. Setiausaha 2 : Pn Suriana Bt Saari
SK Dusun Nanding
Bendahari : Pn Mazraidah Bt Hashim
SK Dusun Nanding
Penyelaras : En Muhd Hazizan B. Mat Lazim
Pegawai Teknik TKRS Daerah Hulu Langat
(SK Dusun Nanding, Hulu Langat )
7.5.2 Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi : Pn. Sadiah Bt. Ahmad
Guru Besar SK Dusun Nanding
Timbalan Pengerusi : Pn Hjh. Fatimah Bt. Sohot
Penolong Kanan Kurikulum
SK Dusun Nanding
Naib Pengerusi 1 : Pn. Zaharah Bt Salleh
PK Kokurikulum
SK Dusun Nanding
Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Ropitah Bt. Ismail
PK HEM
SK Dusun Nandiing
Setiausaha : Pn.Suriana Bt Saari
SK Dusun Nanding
Bendahari : Pn. Mazraidah Bt Hashim
SK Dusun Nanding
Penyelaras : En.Muhd Hazizan B Mat Lazim
Pegawai Teknik TKRS Hulu Langat
(SK Dusun Nanding )
Ahli Jawatankuasa
1. Urus setia : Sekretariat KRS Daerah Hulu Langat
2. Kejurulatihan/Pengujian : Guru Besar
Dan Peralatan SK Dusun Tua
3. Makan / Minum : Guru Besar
SK Dusun Nanding
4. Pendafataran/Penginapan : Guru Besar
Dan Persiapan Tempat SK Dusun Nanding
5. Keselamatan/Kecemasan : Guru Besar
SK Dusun Nanding
6. Sijil/Hadiah/Cendramata : Guru Besar
SK Dusun Nanding
7. Siaraya/Publisiti : Guru Besar
SK Dusun Nanding
8. Kebersihan : Guru Besar
SK Dusun Nanding
9. Majlis Penutupan/ : Guru Besar
Pentauliahan SK Dusun Nanding
10. Buku Atur cara/ : Guru Besar
Dokumentasi/Fotografi SK Dusun Nanding
7.6 Keperluan Jurulatih (dilantik dikalangan guru KRS dan TKRS Daerah Hulu Langat)
Penyelaras Kem : Lef. KRS Muhd Hazizan Mat Lazim
Kem Komandan : Lef. Muda KRS Faizal Baharuddin
Timbalan Kem Kom : Lef. Muda KRS Hidayah Hasan
DO 1 : Pegawai Kadet KRS Zulfadli Mohd Aini
DO 2 : Pegawai Kadet KRS M. Iswan Masrizal Ismail
Ketua Jurulatih : Kapten KRS Ismadi Damsuki
Ketua Aktiviti : Leftenan Muda KRS Rozaimie Razak
1. Jurulatih Kawad : Leftenan Muda KRS Bustaman Hasan
Leftenan Muda KRS Abd Rahman Jamil
Leftenan Muda KRS Sufian Hadi Che Man
Leftenan Muda KRS Mohd Maui’di Mohd Yaziz
2. Jurulatih Ikhtiar Hidup : Kapten KRS Mohd Zailani Ridzwan
Pegawai Kadet KRS Mohd Nazri Mohd Noor
Leftenan KRS Julie Amy Shariff
Pegawai Kadet KRS Suraini Ibrahim
3. Jurulatih Kerohanian : Lef. Muda KRS Mohd Marzuki Mat Jusoh
Lef. Muda KRS Mohd Hakam Mohammad
Pegawai Kadet KRS Mohd Nasrol Soludi
4. Jurulatih Ujian Kecergasan: Kapten KRS Fauziah Bt.Hashim
Pegawai Kadet KRS Nor Hisham Mamat
5. Jurulatih Ujian Bertulis : Leftenan KRS Nazri Saad
Leftenan Muda KRS Noor Azmi Mohamed
7.7 Kandungan Aktiviti dan pengujian
7.7.1 PT pagi dan Kecergasan
7.7.2 Kawad Kaki
7.7.3 Kerohanian/Moral
7.7.4 Ikhtiar Hidup
7.7.5 Ujian Bertulis
7.7.6 KHIDMAS
7.8 Agihan Peserta
Semua sekolah rendah ( SR ) dalam Daerah Hulu Langat DIWAJIBKAN termasuk SJKC, SJKT menghantar 2 orang kadet TKRS dari Tahun 5.Iaitu 86 buah sekolah dalam PPD Hulu Langat.Jumlah anggaran adalah seramai 172 peserta TKRS.
Nota : Peserta akan dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi lebih kurang 27 – 29 orang peserta.
7.9 Jadual Tentatif
Tarikh
0800-1000
1030 -1230
1400 - 1600
1630 - 1830
2130 – 2300
26/9
Pendaftaran
Taklimat
Dirikan khemah
Ujian
Berpengkalan
Ujian
Berpengkalan
Ujian Bertulis
27/9
Ujian Kecergasan
Ujian Berpengkalan Khidmas &
Raptai
Majlis Penutupan & Pentauliahan
7.10 Jadual Pergerakan Mengikut Kumpulan
Masa
Tarikh
26/9
2.00 pm
26/9
4.00 pm
27/9
8.00 am
27/9
10.30 am
Kawad
kaki K1&K2 K3&K4 Ujian K5&K6
Kerohanian
& Moral K3&K4 K5&K6 Ujian K1&K2
Ikhtiar
Hidup K5&K6 KI&K2 Ujian K3&K4
• Ujian Kecerdasan dijalankan pada pukul 7.30 pagi pada mana-mana tarikh.
7.11 Atur cara Majlis Penutupan
2.00 pm - Peserta Mengambil Tempat
- Ketibaan Tetamu
- Ketibaan Tetamu Kehormat
- Menerima Tabik Hormat
- Lagu KRS
- Melapor & Pemeriksaan Barisan
- Bacaan Doa
- Ikrar Rukunegara
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan Pengerusi Pelaksana
- Ucapan Penutupan(Pegawai KRS Daerah)
- Penyampaian Sijil/Tauliah
- Penyampaian Cenderamata
- Lagu Negaraku
- Lapor Bersurai
- Jamuan Ringan.
4.30 pm - Bersurai
8.0 Anggaran Perbelanjaan
Pendapatan 172 pelajar x RM 40 = RM 6,880.00
Perkara
Butiran
Jumlah [RM]
Makan T/h & Malam
Sarapan pagi
Minum Petang
Minum Malam
Jamuan
220 orang x RM 25
5500.00
Perubatan / kecemasan /keselamatan 170.00
Banner/Publisiti 100.00
Cendramata 50.00
Dokumentasi 100.00
Kertas A4 2 x RM 10 20.00
Dakwat Printer pixma 2500 2 x RM 80 160.00
Sijil 100.00
Bahan Aktiviti / Runcit 580.00
JUMLAH
RM 6880.00
9.0 Harapan
Semoga Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal TKRS berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang digariskan
10.0 Penutup
Kursus ini merupakan satu aktiviti yang mesti digerakkan untuk mengiktiraf sumbangan kemahiran dan peningkatan pengetahuan kurikulum latihan TKRS di kalangan ahli TKRS khususnya kerana konsep pemakaian pangkat dalam TKRS berlainan dengan pasukan pakaian seragam yang lain. Ia berkembang maju selaras dengan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia yang hendak memperkasakan KRS dan TKRS sebagai satu wadah pemangkin untuk generasi pelajar di masa depan.
***************************************************
Disediakan Oleh,
(Lef.KRS Muhd Hazizan Mat Lazim)
Pegawai Teknik TKRS Daerah Hulu Langat
Disemak Oleh
.....................................................
Disahkan oleh
....................................................
Subscribe to:
Posts (Atom)