18 November 2009

PERINGATAN TIPU DAYA DUNIA



Sebut saja dunia….. semua orang ada pandangan masing-masing.ada yang beranggapan dunia tempat berseronok sahaja,ada yang berpendapat tempat mengumpul kekayaan,ada yang kata persinggahan untuk akhirat dan ada juga yang kata ujian dari Tuhan Yang Maha Mengetahui. Apapun sebagai orang islam kita yakin dengan kewujudan hari akhirat,syurga,neraka dan semua perkara ghaib. Tujuan kita berada di dunia ini sebagai khalifah untuk mentadbir dunia dengan cara yang Allah telah tetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah.

Jangan sesekali kita lalai dan lupa pegangan kita dalam melayari kehidupan atas dunia ini,jangan terpedaya dengan keindahan sementara yang wujud atas dunia, jangan sesekali kita mengikut syaitan yang berselindung di dunia ini.Yakin dan percayalah bahawa dunia ini adalah kebun untuk menemui akhirat,jangan kita kontangkan kebun kita dengan kelalaian dan melupai segala pesanan Rasulullah.






Terbaca saya satu syair arab yang mnceritakan perihal dunia kepada sesiapa yang mengejar dunia tanpa berfikir akibat yang bakal terkena dengan jerat-jerat yang berselerak diatasnya. Sama-sama kita renungkan syair ini.

“Cubalah engkau lihat pada runtuhan rumah yang telah ditinggalkan oleh penghuninya,betapa ia kelihatan gersang dan sudah tidak dipedulikan”.

“Semua sudah binasa, dan yang tinggal hanya bekas-bekasnya sahaja batu-batunya jatuh berselerak dan bertaburan”.

“Para penghuninya telah lama pergi menemui balasan,berita tentang mereka sudah lama tidak terdengar, bahkan orang tidak pedulikan lagi dengan cerita mereka.”

“Bila kulihat dan ku fikirkan keadaan ini,mesti air mataku mengalir membasahi pipiku”.

“Seandainya aku benar-benar memiliki akal yang sempurna,sudah tentu aku akan terus menangis.Cukuplah keadaan itu memberi nasihat kepada ku,dan cukuplah mataku mengambil iktibar daripada apa yang sedang dilihatnya.”

“Sebenarnya dunia ini telah memerangkap kita dengan perhiasannya,ia memiliki kecekapan yang luar biasa dalam menipu dan memutarbelitkan kenyataan.”

“Bila ia pernah memberikan sedikit kemanisan kepada penggemarnya,pasti selepas itu ia akan memerangkapnya dengan kepahitan.”

“Itulah dunia yang sangat pandai menipu dengan keindahanya,apabila ia datang dengan kegembiraan,maka pasti kegembiraan itu akan dibayar dengan kesusahan.”

“Dunia memang pandai memberi,namun ia pasti akan menarik semua pemberiannya itu. Dan bila ia membangunkan sesuatu tempat, maka pasti pada suatu masa perangkap yang akan menghancurkannya pada suatu masa yang akan datang”.

“”Sesiapa yang memuji dunia kerana ia telah mendapat sedikit kegembiraan,maka pasti ia akan mencelanya pada suatu masa yang akan dating kerana satu kesedihan.”

“Ketika dunia itu berpaling meninggalkannya,maka ketika itulah ia akan bersedih,menyesal dan penuh dalam keadaan sengsara dan dukacita.”