28 July 2009

CERITA 3 HARI 2 MALAM DI RIMBA RIA SUARA HUTAN

Assalamualaikum, tiada permulaan sehebatnya. dah dekat 2 minggu tidak memasukkan bahan baru.SKDN..... Pada 24- 25.7.09 lepas telah mengadakan perkhemahan badan beruniform sekolah kali ke 4 bertempat di Kem Rimba Ria Suara Hutan. Sebagai penyelaras program, saya amat berpuas hati dengan segala perjlanan kem tahun ini,walaupun ada sedikit masalah,itu perkara kecil,yang penting matlamat tercapai.

JUMAAT: 2.40PM
Para peserta kem mula berkumpul di SKDN, Pn. Normah dan beberapa AJK pendaftaran sibuk meneliti semula senarai peserta serta mengumpul peserta.Ajk telah melaksanakan tugas dengan baik pada hari i2.
3.30PM baru para peserta bertolak ke Kem dengan menaiki 2 buah bas yang di sewa khas dengan Abg Dollah.....baYARAN bas?......biasala.peserta samapi di kem lebih kurang 4.20pm. saya telah mengumpulkan peserta...rupa-rupanya Amal,Rudy n Amil dah sampai dulu di Kem,mereka dah rancang nak ngail nampaknya.
Malam pertama di kem diserikan dengan ceramah pecah bendungan oleh Kapt. Ismadi Damsuki ( Ketua Jurulatih TKRS nEGERI sGOR ) lAMA betul dia ceramah takpe yang penting budak2 skdn masih hepi n beri tumpuan. sementara itu saya memberi taklimat kepada jurulatih2 tentang tugas2 yaang akan dijalankan keesokkan harinya.

SABTU : 24.07.0
Pelajar btelah dipecahkan kepada 4 kumpulan, wira,waja,satria dan perkasa. semu aktiviti akan berjalan hari ini.
aktiviti pertama adalah merunut hutan dan flying fox. peserta dipecahkn kepada 2 kumpulan besar, kump 1 dan 2 memulakan akyiviti flying fox sementara kump 3 dan 4 pergi merunut hutan. setelah selesai aktiviti tersebut para peserta memulakan aktiviti pengkalan. ada 4 pangkalan, ikhtiar hidup,asas kompas,tali temali dan bantu mula. syukur SKDN mempunyai jurulatih yang mahir dalam semua aktiviti yang dijalankan. terima kasih kepada semua jurulatih.
sebelah petang pun sama aktiviti dijalankan sebagaimana waktu pagi cuma pertukaran kumpulan saja.aktiviti sampingan jurulatih......mancingla, wuyoooo, chulan n amil bnyak tangkap ikan talapia dan tongsan kat kolam, aada skit masalah tapi dapat setel ngan baik.
MALAM
Perbincangan untuk melaksanakan aktiviti kembara malam,perlukan ramai guru untuk mengawasi perjalanan peserta, maklumlah alam gelap,macam2 boleh jadi.jam 11.18mlm aktiviti mula dijalankan dan tamat jam 12.22mlm.Alhmdulillah tiada apa yang berlaku.

AHAD.26.07.09

Hujan turun hariini,agak lebar juga, Pn. Normah dan Pn. Mastura sibuk memindahkan peserta ke dalam dewan.yang saya bimbang terjadi hari ini, dan yang paling merunsingkan aktiviti air tidak dapat dijalankan,pesera dah bising takut xdapat main air. ALLAH itu maha penyayang,aktiviti air dapar dijalankan juga walaupun agak lewat,yang penting matlamat tercapai.
MAJLIS PENUTUPAN.
Majlis penutupan Perkhemahan diadakan secara sederhana yang mana dirasmikan penutupannya oleh En. Asri Ngosman ( YDP PIBG SKDN ).Peserta beertolak pulang selepas makan tengah haari yang isediakan oleh pengurusan kem

SYUKRAN.

Kepadaa semua guru-guru SKDN yang berpenat berlelah sepanjang Perkhenmahan dijalankan,Juga kepada semua GURU PRAKTIKUM sanggup bermalam di kEM sekiannya.Para pentadbir sekolah dan Ajk PIBG dan ibubapa yang memberi sokongan.c next year pula PERKHEMAHAN SKDN. INSYAALLAH.

17 July 2009

TAA'DUD JAMAAH : SATU PANDANGAN

Semenjak 1926, kaum Muslimun tidak mampu untuk membentuk jamaah Islamiyyah yang satu di bawah satu kepimpinan di satu negara. Oleh itu, kita dapati di satu negara, wujudnya persatuan-persatuan di atas asas ilmu, persatuan-persatuan yang dibina untuk kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan yang berdiri di atas asas fikrah atau politik yang luas. Sehingga kita mendapati adanya peribadi-peribadi yang tidak beriltizam dengan mana-mana tanzim. Penelitian al-Quran dan Sunah telah mendedahkan beberapa sebab perselisihan atau perpecahan ini. Sebab-sebab tersebut telah disusun oleh Al Ustaz Said Hawa ;
A). Tidak mengikuti jalan Allah.Firman Allah Taala;
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menuruti jalan-jalan yang lain daripada Islam, kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertakwa” (surah Al-An’am:153)



B). Melupai satu juzu' daripada agama Allah.Firman Allah Taala
“Dan di antara orang-orang yang berkata:’Bahawa kami ini orang-orang nasrani’ , Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai ke hari kiamat dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.”(surah Al-Maidah:14)


C. Hasad dengki dan marah-memarahi.Firman Allah Taala;
“Dan umat tiap-tiap Rasul tidak akan berpecah-belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka pengetahuan (apa yang disuruh dan apa yang dilarang) berlakunya (perselisihan yang demikian itu) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.”(surah Asy-Syura:14)

Rasulullahsalallahualaihi wasalamtelah mentafsirkan (البغي) dengan sabdanya:
[Telah merebak di kalangan kamu penyakit umat-umat sebelum kamu iaitu hasad-dengki dan marah-memarahi .Ia adalah pencukur.Aku tidak berkata pencukur yang mencukur rambut. Sesungguhnya ia adalah pencukur yang mencukur agama ](riwayat Ahmad dan Tirmizi)

D. Tidak Beraqal (Mementingkan nafsu daripada kitab Allah).
Firman Allah Taala :
“(Orang-orang Yahudi dan munafiq) dengan keadaan bersatu padu sekali pun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbentang kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya) permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras , engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka.”(surah al-Hasyr:14)

E). Tidak bersatu hati untuk akhirat dan tidak zuhud dengan dunia. ]
Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam:
[ Tidak akan dibuka dunia kepada seseorang melainkan Allah akan melontarkan perasaan permusuhan dan marah-memarahi di kalangan mereka sehingga hari kiamat ](riwayat Ahmad dan Al-Bazzar)

F). Tiada rahmat Allah.
Firman Allah Taala:
“Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhanmu (mereka bersatu di dalam ugama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu :”Sesungguhnya Aku akan memunuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia berdosa”.(surah Hud : 118-119)
Allah telah menyebut sifat-sifat mereka yang layak mendapat rahmat Allah. Firman Allah ;
“Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong kepada setengah yang lain, mereka menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha Bijaksana.”(surah at-Taubah:71)
Kecuaian pada salah satu daripada sifat ini bererti kecuaian pada kesatuan umat Islam.
G). Mengidap empat penyakit.
a) Kedekut yang ditaati.
b) Hawa nafsu yang diikuti.
c) Dunia yang dilebihi.
d) Kagum dengan pandangan sendiri.

Seorang telah datang bertanya Abu Tha’labah Al-Khasyari dan bertanya; ”Bagaimana engkau beramal dengan ayat ini?". Abu Tha’labah bertanya; ”Ayat mana?” Lelaki itu berkata, firman Allah;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya) Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu balasan apa yang kamu telah lakukan”. (surah al-Maidah:105)
Abu Tha’labah menjawab, “Demi Allah aku pernah bertanya Rasulullah salallahualaihi wasalam tentang ayat ini. Baginda bersabda;
[ Bahkan kamu suruhlah dengan kebaikan dan cegahlan kemungkaran sehingga, apabila engkau melihat kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dunia yang dilebihi dan kagum setiap yang mempunyai pandangan dengan pandangannya. Wajib ke atas engkau dengan diri engkau dan tinggalkan orang awam. Sesungguhnya di belakang kamu adanya hari-hari, seorang yang sabar padanya seperti seorang yang menggenggam besi panas. Pekerja Islam pada hari itu dianugerahkan ganjaran seperti lima puluh orang yang beramal dengan amalan kamu. Rasulullah ditanya ;”Wahai Rasulullah ! Ganjaran lima puluh orang dari kalangan kami atau mereka .” Rasulullah menjawab; Bahkan ganjaran lima puluh daripada kamu ] (Tirmizi berkata hadis hasan gharib sahih).


09 July 2009

PERIHAL PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Menerusi peristiwa Israk dan Mikraj kita diceritakan berbagai kisah
yang
dilihat oleh Rasulullah.Hadis At-Tabrani dan Al-Bazar menjelaskan
Rasulullah melihat:

1.Satu kaum yang bercucuk tanam dan menuai hasil pada hari yang sama
(menanam, menuai dan kemudian
mengeluarkan hasil).Mereka ialah orang yang berbelanja Fisabilillah
yang
menerima ganjaran yang besar di sisi Allah hingga 700 kali ganda.

2.Kaum yang menghempap kepala kebatu kemudian pecah berkecai, ia
bercantum semula.Meraka adalah kaum yang malas mengerjakan solat
fardu.
Contohnya, bila sakit tinggal solat, ada masa buat,tak ada masa tak
buat, bila berjalan jauh tinggal solat, sibuk bekerja tinggal solat,
kenduri tinggal solat , bila berlaku kematian tinggal solat dengan
alasan sibuk dan sebagainya.

3.Kaum yang berpakaian koyak di hadapan dan belakang, makan pohon yang
berduri, daun yang pahit dan batu-batu Jahannam. Mereka adalah kaum
yang tidak membayar zakat.


4.Kaum yang ditangan ada daging busuk dan baik , kemudian mereka
memilih
yang busuk adalah kaum yang ada isteri atau suami tapi suka berzina
dengan orang lain.

5.Kaum yang kumpul kayu besar dan tak larat mamikulnya tetapi ditambah
lagi.Mereka adalah kaum yang suka ambil amanah tapi tak menunaikannya.

6.Kaum yang menggunting bibir mulut mereka. Mereka adalah orang yang
suka sambung fitnah atau
menambah.

7.Ditunjukkan juga syurga yang tidak dapat digambarkan keindahannya.

8.Ditunjukkan juga lembah neraka yang busuk.

Hadis di riwayatkan oleh Abu Said dan di keluarkan oleh Baihaqi pula
menceritakan Rasulullah melihat:

Melihat kaum yang buncit perut,cuba berdiri kemudian tersungkur ke
hadapan.Mereka adalah orang yang makan riba. Melihat satu kaum yang
bibir setebal bibir unta, menelan bara api dan keluar ikut
dubur.Mereka
adalah orang yang makan harta anak yatim. Melihat satu kaum yang
memotong daging rusuk dan dimakannya.Mereka adalah orang yang suka
menabur fitnah dan menganiayai orang lain.

Hadis oleh At-Tarmizi dari Ibnu Mas'ud pula menceritakan :
Rasulullah apabila berjumpa Nabi Ibrahim telah dipesankan: " Anjurkan
umatmu memperbanyak-kan tanaman di syurga. Rasulullah bertanya apakah
tanamannya, jawabnya Ucapkanlah "Subhanallah Walhamdulillah walaila
hailla billa huakbar,wala haula wala quwatailla billa."




07 July 2009

PEPERANGAN BADAR DAN NUZUL AL-QURAN

Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar. Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama.
Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.
Baginda dilaporkan pergi ke gua Hira' bersama-sama isterinya Khadijah. Ketika sedang tidur, baginda didatangi Jibrail yang memintanya membaca. "Bacalah! Namun, Nabi Muhammad SAW menjawab: Apa akan ku baca (wa ma aqra'?)


Sebaik sahaja mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, Jibrail terus memeluk baginda dengan kuat sehingga baginda sukar untuk bernafas. Kemudian baginda dilepaskan lalu disuruh lagi: "Bacalah! Nabi Muhammad masih menjawab: Apa akan ku baca?" Lalu Jibrail menarik dan memeluknya sekali lagi. Perkara ini berterusan sehingga beberapa kali.
Lalu Jibrail melepaskan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya membacakan lima ayat pertama dari surah al-Alaq. Selepas itu, barulah Jibrail pergi dari situ dan nabi segera terjaga dari tidurnya.
Lima ayat pertama dari surah al-Alaq inilah yang pertama diturunkan kepada baginda SAW. Lima ayat ini jugalah yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa nuzul al-Quran.
Apa pula kaitan antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar? Untuk melihat lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita lihat pandangan-pandangan yang timbul mengenai tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran. Pandangan-pandangan inilah nantinya akan membawa kita kepada hubung kait antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar.
Ulama menyepakati bahawa nuzul al-Quran berlaku pada hari Isnin. Jika ditinjau pandangan Ibn Kathir, kita akan dapati bahawa persepakatan ini disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW sendiri ketika ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan al-Quran juga diturunkan kepadanya pada hari Isnin.
Sekalipun terdapat persepakatan dari segi hari berlakunya peristiwa nuzul al-Quran, namun terdapat perselisihan pendapat dari segi tarikh dan bulan berlakunya peristiwa tersebut.
Beberapa tarikh telah dilaporkan oleh sumber sejarah Islam sebagai tarikh berlakunya nuzul al-Quran seperti 10 Ramadan, 17 Ramadan, 18 Ramadan ataupun 24 Ramadan.
Selain bulan Ramadan, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Rabiulawal atau bulan Rejab. Walau bagaimanapun, pandangan yang paling masyhur menyebut bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.
Kebanyakan sumber sejarah Islam yang menyebut mengenai perkara ini di dapati melaporkan pandangan Ibn Ishaq.
Mari kita lihat apa pula bukti yang mengukuhkan hujah bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.
Menurut kebanyakan penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, Ibn Hisham, Ibn Kathir, al-Suhayli dan juga al-Bayhaqi, ayat 185 surah al-Baqarah adalah bukti jelas bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.
Ini terbukti menerusi apa yang boleh difahami dari ayat tersebut iaitu, "bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu…".
Selain ayat tersebut, terdapat juga ayat lain yang turut digunakan sebagai bukti bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah ayat 41 surah al-Anfal.
Menariknya ialah, ayat ini tidak hanya menentukan bulan berlakunya peristiwa tersebut. Bahkan ia juga turut mendedahkan tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran itu sendiri.
Ini boleh difahami menerusi maksud ayat tersebut iaitu ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami Muhammad di hari Furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan.
Apa yang dimaksudkan dengan hari bertemunya dua pasukan di sini ialah pertemuan antara orang Islam dan orang kafir dalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan.
Oleh kerana ayat 41 sebelum ini menjelaskan mengenai nuzul al-Quran berlaku pada hari tersebut, maka tarikhnya pastilah 17 Ramadan. Cuma bezanya, peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah.
Walau bagaimanapun, baik nuzul al-Quran mahupun peperangan Badar, kedua-duanya adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nuzul al-Quran menjadi titik tolak kepada pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk membawa risalah Islam.
Peperangan Badar pula mencerminkan kekuatan pihak Islam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun selepas mereka meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah.




JIKA TIDAK KERANA NABI MUHAMMAD, KITA TIDAK AKAN DICIPTA OLEH ALLAH

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian nur dan kitab yang jelas dan nyata", Dalam ayat di atas, kebanyakkan ulamak tafsir mentafsirkan "nur" yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah Nabi Muhammadsalallahualaihi wasalammanakala "kitab" pula iaitu Al-Quran. Kelahiran Rasulullah salallahualaihi wasalam merupakan anugerah Allah kepada dunia ini amnya dan kepada orang mukmin khasnya. Firman Allah: "Berikanlah khabar gembira kepada orang mukmin bagi mereka anugerah dari Allah yang amat besar".(Surah al-Ahzab: ayat 47)


Ayat ini disusuli selepas AllahTaala menyeru Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam pada ayat sebelumnya dengan memuji Baginda salallahualaihi wasalam sebagai pemberi khabar gembira dan peringatan, penyeru agama dengan izin Allah dan sebagai cahaya yang menerangi kegelapan. Ulama' menyebut:Jika masyarakat Quraisy menggelarkan Rasulullah salallahualaihi wasalam dengan "Al-Amin" sebelum kebangkitan Baginda salallahualaihi wasalam atas sifat amanah dan benarnya, maka AllahTaala sendiri telah menggelarnya dengan gelaran yang lebih tinggi iaitu sebagai Sirajul munir iaitu "cahaya yang terang". Apatah lagi dalam ayat Al-Quran yang lain, Allah telah menganugerahkan dua daripada nama-Nya dari Asmaul Husna iaitu Ar-Rauf dan Ar-Rahim kepada Rasulullah salallahualaihi wasalam dalam menerangkan sifat Rasulullah salallahualaihi wasalam bersama orang mukmin.

Oleh itu, dengan meyambut hari kelahiran - Rasulullah salallahualaihi wasalam adalah satu cara untuk melahirkan rasa syukur kita kepada Allah atas nikmat nabi dan berbangga kerana dipilih menjadi umat kepada penghulu Rasul yang digelar "kekasih Allah" ini. Diriwayatkan dari Ibnu Asakir daripada Salman Al-Farisi r.anhu sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam, Allah berfirman dalam hadith Qudsi "Wahai Muhammad, Aku telah mengambil Ibrahim sebagai KhalilKu, sesungguhnya aku telah mengambil engkau sebagai kekasih-Ku,dan Aku tidak ciptakan sesuatu makhluk yang lebih mulia dari engkau di sisiKu dan aku ciptakan dunia serta seisinya supaya mereka mengetahui kemuliaan dan kedudukanmu di sisiKu,kalaulah tidak keranamu wahai Muhammad,aku takkan ciptakan dunia ini."

Sabda Nabi: Yang bermaksud: "Aku telahpun dilantik sebagai nabi sedangkan Adam masih antara air dan tanah (belum dicipta)"

Melahirkan rasa gembira atas sesuatu nikmat adalah perkara yang wajib. Firman Allah yang bermaksud: "Adapun nikmat dari Tuhanmu maka ceritalah (zahirkannya)" (Surah Ad-Dhuha : Ayat 11)
Oleh itu, apakah nikmat yang lebih besar bagi kita dari nikmat Islam dan iman? Bagaimana kita hari ini mampu memperoleh nikmat tersebut jika nabi tidak diutuskan? Syeikh 'Atiah Saqar, seorang ulama' Al-Azhar telah menyebut bahawa, "Mensyukuri nikmat kelahiran Rasulullah salallahualaihi wasalam adalah wajib. Jika Nabi Muhammad tidak diutus, nescaya Al-Quran tidak akan diturunkan".

Lihatlah saudara-saudaraku sekalian! Betapa pentingnya kita bergembira dengan kebangkitan Rasulullah salallahualaihi wasalam kepada alam ini. Cuma, bagaimanakah caranya, itu terserah kepada inisiatif masing-masing. Bagi Rasulullah salallahualaihi wasalam sendiri, bagi melahirkan rasa syukur ini, dengan berpuasa pada hari kelahirannya, hari Isnin. Hadith dari Abu Qatadah r.anhu, tatkala Rasulullah salallahualaihi wasalam ditanya tentang puasanya pada hari Isnin Baginda menjawab "Itulah hari yang aku dilahirkan padanya".

Kata Dr.Syeikh Muhammad Alawi Al-Maliki r.anhu, seorang ulama' Mekah, inilah dalil yang jelas harus menyambut perayaan yang bersejarah ini. Kata beliau, jika ada yang mengatakan sambutan maulid ini tiada dalil, sama ada dia jahil atau membutakan matanya dari kebenaran kerana yang awal-awal menyambutnya adalah tuan punya maulid itu sendiri, Rasulullah salallahualaihi wasalam.

Diriwayatkan daripada As-Suhaili bahawa Saiyidina 'Abas bin Abdul Muttalib r.anhu bermimpi setelah kematian Abu Lahab dan beliau bertanya halnya di alam kubur, maka jawab Abu Lahab "Bagiku tiada rehat sedikitpun kecuali diringankan azab bagiku pada hari Isnin". Ini kerana apabila datangnya Suwaibah, hambanya mengkhabarkan berita dia menerima anak saudara lelaki yang bernama Muhammad, Abu Lahab telah membebaskan hambanya tadi dan menjamu penduduk Mekah kerana terlalu gembira. Maka kata Al-hafiz Shamsuddin Muhammad Ad-Dimasyqi dalam syairnya:

اذا كان هذا كافرا جآء ذمه * وتبت يداه في الجحيم مخلدا
أتى أنه في يوم الاثنين دائما * يخفف عنه للسرور بأحمدا
فما الظن بالعبد الذي كان عمره * بأحمد مسرورا ومات موحدا؟
Maksudnya: Jika si kafir ini (Abu Lahab) yang dilaknat Allah dalam Al-Quran dan kekal dia dalam neraka, Tetapi diringankan azab pada hari Isnin kerana gembira dengan kelahiran Muhammad,
Bagaimana pula seseorang yang gembira seumur hidupnya dengan kelahiran Muhammad dan dia mati dalam mentauhidkan Allah (Islam)?
Diriwayatkan dari daripada Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki daripada gurunya Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki daripada ayahnya, Sayyid Alawi bin Abbas Al-bin Abdul Aziz pernah menghadiri majlis maulidur di Masjidil Aqsa satu ketika dahulu. Dalam majlis itu, Syeikh Abbas melihat seorang lelaki tua sanggup berdiri bermula awal majlis hingga ke akhirnya. Lalu Syeikh ‘Abbas bertanya kepada lelaki itu kenapa dia sanggup berdiri begitu lama sedangkan dia sudahpun tua dan uzur. Lalu lelaki tua itu bercerita "Sebenarnya, sebelum ini aku mengingkari berdiri semasa selawat dibaca pada pandanganku ia adalah bid'ah dholalah. Hingga satu malam aku bermimpi,aku duduk dalam satu majlis bersama orang ramai tiba-tiba masuk Rasulullah salallahualaihi wasalam, lalu semua orang berdiri. Aku cuba berdiri tapi aku tidak mampu. Rasulullah datang kepadaku dan bersabda "Kamu takkan mampu untuk berdiri!". Aku terkejut dan apabila aku sedar keesokkannya,aku dapati kakiku lumpuh dan tidak mampu berjalan lagi. Sejak hari itu aku berdoa dan bernazar jika Allah sembuhkan kakiku,aku akan berdiri sepanjang majlis maulid berlangsung. Bertahun-tahun lamanya aku menderita dan akhirnya Allah sembuhkan aku. Itulah sebab itulah aku berdiri".
Kata Al-Marhum Dr.Muhammad Syed Ahmad Al-Musayyar, mantan pensyarah kuliah Usuludin, Al-Azhar, "Jika tidak kerana Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam, takkan kita kenal para nabi,kalau tanpa nabi,takkan kita mengenali hakikat kehambaan kita kepada Allah".

Akhirnya marilah sama-sama kita berdoa semoga dalam masa yang terdekat ini akan terbitlah cahaya biasan Nur Muhammad yang akan menerangi hati dan jiwa kita serta sekalian umat dari ufuk Timur hingga ke Barat bagi mengembalikan kegemilangan Islam di alam ini.
Ya Rasulullah, biarlah engkau tahu perasaan dan rindu kami mengharum mekar mewangi tetap utuh dan abadi buat selamanya